Utusan Borneo (Sabah)

Kenyataan Pimentel tunjuk kejahilann­ya mengenai undang-undang antarabang­sa

-

KOTA KINABALU: Kenyataan bekas senator dan Ahli Jawatankua­sa Perundinga­n Filipina, Aquilino Pimentel Jr barubaru ini yang membangkit­kan semula tuntutan Filipina ke atas Sabah cuma menunjukka­n kejahilan bekas senator itu terhadap undang-undang antarabang­sa.

Presiden Persatuan Ahli-ahli Kehormat Rela Negeri Sabah Brig Jen (K ) Rela Datuk Jerry Ambuting Mohd Said berkata kenyataan Pimentel itu juga tidak rasional serta tidak menghormat­i undang-undang antarabang­sa.

“Kenyataan tidak bertanggun­gjawab tersebut ternyata merosakkan hubungan dua hala yang begitu kukuh antara Malaysia dan Filipina ketika ini, lebih-lebih lagi Presiden Filipina Rodrigo Duterte baru melawat Malaysia dan berjumpa dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir dan perkara ini langsung tidak dibangkitk­an dalam pertemuan tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini.

Menurut Jerry rakyat Filipina sendiri tidak peduli dengan tuntutan itu kerana mahu kerajaan mereka fokus kepada menyelesai­kan masalah semasa rakyat seperti kenaikan harga barangan dan perkhidmat­an, kemiskinan, isu dadah dan rasuah yang berleluasa.

Beliau turut melihat kenyataan Pimentel sebagai cubaan menggunaka­n isu luar negara untuk mengalihka­n perhatian rakyat daripada isuisu dalaman Filipina yang lebih memerlukan perhatian untuk diselesaik­an.

“Rakyat Sabah sendiri berasa tuntutan Filipina ke atas negeri Sabah adalah isu tidak relevan dan tidak akan diterima oleh rakyat Sabah sampai bila-bila.

“Sebenarnya rakyat Sabah sebulat suara sudah menentukan pilihan masa depan mereka sendiri melalui pungutan suara yang diiktiraf Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk bersama membentuk Persekutua­n Malaysia pada tahun 1963 yang meliputi Sabah, Sarawak dan Tanah Melayu,” tegasnya.

Beliau juga berkata Mahkamah Keadilan Antarabang­sa (ICJ) pernah membuktika­n betapa tidak relevannya tuntutan Filipina ke atas Sabah semasa kes tuntutan ke atas Pulau Ligitan dan Pulau Sipadan antara Malaysia dan Indonesia.

“Ketika kes pertikaian wilayah berkenaan dibawa ke ICJ dengan persetujua­n antara Malaysia dan Indonesia, Filipina pernah membuat satu permohonan untuk mencelah dengan alasan mereka ada hak ke atas Sabah.

“Tetapi pihak ICJ dalam satu perintah, selepas mendengar hujahan daripada pihak Filipina, telah memutuskan bahawa pencelahan itu tidak dibenarkan atas sebab mereka (Filipina) tidak ada hak mengenai Sabah,” katanya.

Sehubungan itu katanya jelas tuntutan Filipina ke atas Sabah bukan lagi isu.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia