Utusan Borneo (Sabah)

Tuanku Muhriz berkenan rasmikan Maahad Tahfiz Al Ammar

-

REMBAU: Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Mu n awi r berkenan merasmikan Maahad Tahfiz Al Ammar di sini, pada Ahad.

Turut berangkat Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani Almarhum Tengku Besar Mahmud dan keduadua putera baginda Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin dan Tunku Datuk Seri Zain Al’Abidin.

Keberangka­tan tiba baginda diiringi Menteri Besar Aminuddin Harun dan isteri Wan Hasni Wan Yusof.

Turut hadir barisan Exco kerajaan negeri dan Anggota Dewan Undangan Negeri Rantau Datuk Seri Mohamad Hasan.

Pengerusi Yayasan Al Ammar Arifin Marzuki dalam ucapannya pada majlis itu berkata penubuhan pusat tahfiz tersebut adalah hasil usaha gigih cetusan idea rakan-rakan profesiona­l, usahawan, ahli akademik dan pendidikan Islam sejak April 2016.

Beliau berkata Maahad Tahfiz Al Ammar adalah entiti swasta sepenuhnya dengan jumlah murid seramai tujuh orang dan pusat ini mendidik muridnya menjadi huffaz yang memiliki kerjaya yang profesiona­l.

“Bagi mencapai matlamat tersebut, kurikulum yang ditawarkan di sini dirangka dengan menyediaka­n pendidikan bersepadu meliputi tempoh dua tahun pengajian hafazan dan Islam manakala tiga tahun lagi pelajar akan diiktiraf sijil bertaraf antarabang­sa bagi persediaan O-Level dan untuk ke menara gading.

“Buat masa ini pengambila­n hanya dibuka untuk pelajar lelaki namun terdapat beberapa kriteria mesti dipatuhi oleh pelajar seperti mendapat tiga A dalam UPSR iaitu dalam subjek Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains serta mestilah dari golongan asnaf atau anak yatim,” katanyai.

Arifin berkata Yayasan Al Ammar juga telah merangka satu sistem wakaf untuk membangunk­an dan memartabat­kan pusat tahfiz tersebut dan berikutan itu ‘Al Ammar Trust Fund’ diwujudkan dan apa sahaja keuntungan yang dapat dibuat akan disalurkan kembali untuk pen g o perasian pusat tahfiz tersebut.

“Al-Ammar Trust Fund ini bakal menjalanka­n perniagaan tunjang mereka iaitu melalui penjualan air bawah tanah yang berpotensi untuk dipasarkan sebagai air mineral semula jadi yang berada di kawasan paling tinggi di pusat tersebut. Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia