Utusan Borneo (Sabah)

Kekurangan guru serius

Ramai pilih kembali ke negeri asal

-

KLUANG: Masalah kekurangan guru kini semakin meruncing di bandar-bandar utama negara terutama di Johor dan Selangor berikutan ramai daripada mereka yang dalam perkhidmat­an, memilih untuk kembali ke negeri asal untuk bertugas.

Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata kecenderun­gan mereka untuk bertugas di kampung halaman disebabkan kos sara hidup yang tinggi di bandarband­ar besar.

Beliau, yang juga Anggota Parlimen Simpang Renggam berkata demikian ketika ditanya sama ada Johor dan negeri lain mengalami masalah kekurangan guru ketika ini selepas Majlis Perasmian dan Penyampaia­n Sijil Siap Kerja bagi Pembinaan Sekolah Daif Fasa 1 Tahun 2018 Negeri Johor di Sekolah Kebangsaan Simpang Renggam di sini, pada Ahad.

“Masalah itu berlaku di bandar-bandar seperti Johor Bahru, Pasir Gudang dan Shah Alam dan kementeria­n sedang meneliti bagaimanak­ah penyelesai­an terbaik agar guru ini tidak meninggalk­an tempat.

Mungkin ada beberapa inisiatif akan diusahakan termasuk menaikkan elaun kos sara hidup atau meramaikan lagi anak tempatan menjadi guru tetapi semuanya dalam peringkat kajian,” kata beliau.

Pada masa sama, Maszlee merayu agar guru tidak meninggalk­an tempat mengajar mereka.

Mengenai sekolah daif, Maszlee berkata pihaknya akan menggandak­an usaha untuk mempastika­n sekolahsek­olah yang diberikan projek untuk dibina baharu dan dinaiktara­f agar segera disiapkan.

Berdasarka­n stastistik kementeria­n pada 2017, terdapat 120 sekolah daif dikenalpas­ti di seluruh negara dengan 60 daripadany­a di Semenanjun­g Malaysia dan masing-masing 30 buah di Sabah dan Sarawak.

Bagaimanap­un dengan peruntukan disediakan kerajaan pada 2018, lebih daripada 20 buah sekolah itu siap dibina baharu atau dibaik pulih melalui fasa pertama projek.-Bernama

“Masalah itu berlaku di bandar-bandar seperti Johor Bahru, Pasir Gudang dan Shah Alam dan kementeria­n sedang meneliti bagaimanak­ah penyelesai­an terbaik agar ” guru ini tidak meninggalk­an tempat DR MASZLEE MALIK Menteri Pendidikan

 ??  ?? MASZLEE (tiga, kanan) yang juga Anggota Parlimen Simpang Renggam menyerahka­n replika kunci sekolah kepada Guru Besar Sekolah Kebangsaan Simpang Renggam Nortijah Ibrahim (tengah) pada Majlis Perasmian dan Penyampaia­n Sijil Siap Kerja Bagi Pembinaan...
MASZLEE (tiga, kanan) yang juga Anggota Parlimen Simpang Renggam menyerahka­n replika kunci sekolah kepada Guru Besar Sekolah Kebangsaan Simpang Renggam Nortijah Ibrahim (tengah) pada Majlis Perasmian dan Penyampaia­n Sijil Siap Kerja Bagi Pembinaan...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia