Utusan Borneo (Sabah)

Sultan Mizan rasmi Taman Herba Pasir Raja

-

DUNGUN: Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat merasmikan Taman Herba Pasir Raja, sebuah projek Pembanguna­n Kluster Bersepadu Herba (HICD), di mukim Pasir Raja, di sini, pada Ahad.

Projek usahasama awamswasta itu dimajukan Majlis Pembanguna­n Ekonomi Wilayah Timur (ECERDC) dengan syarikat pengeluar produk suplimen kesihatan, Bioalpha.

Keberangka­tan Sultan Mizan ke majlis diiringi anakanda Tengku Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin, Tengku Muhammad Mua’az Sultan Mizan Zainal Abidin, Menteri Besar Dr Ahmad S ham suri M ok h tar, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk A Rahman Yahya, Pengerusi Bioalpha Holdings Berhad Tan Sri Abdul Rahman Mamat dan Ketua Pegawai Eksekutif ECER Datuk Seri Jebasingam Issace John.

Terdahulu Abdul Rahman dalam ucapannya berkata pembukaan HICD yang ditanam dengan 20 jenis tanaman herba di atas tanah seluas 406 hektar (1,004 ekar) sejak 2015 berjaya melahirkan 32 peladang satelit herba di mukim ini.

“Seluas 83 hektar (260 ekar) tanah setakat ini ditanam dengan 20 jenis tanaman herba termasuk Tongkat Ali, Kacip Fatimah, Misai Kucing, Hempedu Bumi, Dukung Anak, Pecah Beling dan Mas Cotek.

“Menerusi projek ini peladang satelit berpeluang menjadi usahawan tani berjaya menerusi sistem bayar balik yang akan memberi pendapatan berpatutan sekaligus membangunk­an ekonomi negeri ini,” katanya.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia