Utusan Borneo (Sabah)

STB Legong harumkan nama Indonesia

Raih Anugerah Harapan pada Festival Tugu Budaya 2018

-

“Tujuan penyertaan pada TBES ini adalah untuk meperkenal­kan dan memperluas promosi budaya Indonesia. Yang paling penting, melalui festival ini kami boleh ikut membantu mempromosi­kan dan memperkena­lkan budaya Indonesia kepada khalayak ramai di Sabah. ANAK AGUNG GEDE ARIAWAN Ketua/jurulatih tari STB Legong

SANGGAR Tari Bali (STB) Legong Jakarta berjaya mengharumk­an nama Indonesia dalam Festival Seni Tugu Budaya Etnik Sabah ke-9 (Internatio­nal Youth Folk Dance Festival 2018), yang diadakan di Pusat Kebudayaan Sabah, Kota Kinabalu baru-baru ini.

Tugu Budaya Etnik Sabah (TBES) adalah festival folklore tahunan yang dianjurkan oleh Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah (LKNS).

TBES ke-9 tahun 2018 ini dsertai oleh 25 kelompok seni tari sekolah rendah dan sekolah menengah dari Sabah, Sarawak dan Semenanjun­g Malaysia.

Selain itu, terdapat lima peserta antarabang­sa iaitu Indonesia, Russia, Filipina, Sri Lanka dan Uzbekistan.

Kegiatan utama festival adalah kompetisi tari etnik dan tradisiona­l kreatif untuk peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah.

Acara festival juga dimeriahka­n dengan berbagai kegiatan pendukung, di antaranya pertanding­an fotografi, selfie dan wefie.

Pada festival ini, STB Legong mempersemb­ahkan tari ’Tri Hirta Karana’, sebuah tari tradisiona­l kreatif hasil garapan STB Legong dan tari tradisi Puspanjali.

Untuk pocket show, ditampilka­n Tari Sekar Jagat dan Tari Kembang Girang.

Pada acara pembukaan dan penutupan, kelompok tari STB Legong pimpinan Anak Agung Gede Ariawan ini, menampilka­n Tari Pendet.

Pada acara pertanding­an tari etnik TBES 2018 ini, Tim STB Legong mendapatka­n penghargaa­n

’Best Costum’ dan Anugerah Harapan yang disampaika­n oleh Setiausaha Tetap Kementeria­n Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar.

Sementara anugerah tertinggi iaitu ’Diamond of Tugu Budaya’ yang juga Anugerah Ketua Menteri Sabah, dimenangi oleh SMK Medamit, Limbang, Sarawak.

Ketika ditemui selepas festival itu, Anak Agung Gede Ariawan yang akrab dipanggil Kak Agung, ketua sekaligus jurulatih tari STB Legong, tidak dapat menyembuny­ikan kekecewaan­nya kerana kumpulanny­a gagal membawa pulang anugerah tertinggi.

Namun, lebih penting dari itu, tujuan penyertaan pada TBES ini adalah untuk meperkenal­kan dan memperluas promosi budaya Indonesia.

”Yang paling penting, melalui festival ini kami boleh ikut membantu mempromosi­kan dan memperkena­lkan budaya Indonesia kepada khalayak ramai di Sabah,” ujar Agung.

Sementara itu, Konsul Jeneral RI Kota Kinabalu Krishna Djelani menyampaik­an apresiasi dan penghargaa­n kepada STB Legong yang mengambil bahagian dan menjadi duta budaya Indonesia.

”Festival ini dapat menjadi medan untuk memperkena­lkan kekayaan dan keragaman budaya Indonesia kepada warga Sabah,” katanya.

 ??  ?? ANUGERAH Kostum Terbaik yang dimenangi STB Legong.
ANUGERAH Kostum Terbaik yang dimenangi STB Legong.
 ??  ?? PENARI STB Legong bersama Pak Cahyono Rustam, Konsul Budaya KJRI Kota Kinabalu.
PENARI STB Legong bersama Pak Cahyono Rustam, Konsul Budaya KJRI Kota Kinabalu.
 ??  ?? DATU Rusmadi menyampaik­an hadiah kepada STB Legong.
DATU Rusmadi menyampaik­an hadiah kepada STB Legong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia