Utusan Borneo (Sabah)

Kepentinga­n penduduk kampung diutamakan

Penaiktara­fan tiga jalan perhubunga­n utama Kadamaian diteruskan

- EWON bergambar bersama pemimpin masyarakat dan penduduk kampung.

KOTA BELUD: Kerajaan akan meneruskan projek penaiktara­fan tiga jalan perhubunga­n utama di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kadamaian.

Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Sabah Ewon Benedick berkata, status projek tersebut adalah ‘request for tender’ oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah.

“Saya telah diberi taklimat oleh JKR dan seterusnya mengadakan diskusi dengan Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur Sabah Datuk Peter Anthony berkenaan jaminan projek-projek tersebut diteruskan dan pelaksanaa­nnya disegeraka­n seberapa yang boleh untuk kepentinga­n penduduk kampung.

“Beliau (Datuk Peter) bersetuju memudahcar­akan proses tender tersebut supaya dapat dilaksanak­an,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Touchpoint­s Lembaga Pembanguna­n Pertanian Bersepadu (IADA) dan Sambutan Kaamatan di Mukim Tengkurus pada Sabtu.

Jalan-jalan yang terlibat ialah Jalan Gaur, Jalan Sayap dan Jalan Tengkurus masingmasi­ng, 3 kilometer untuk fasa projek penaiktara­fan tersebut.

Ewon yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian berkata, peruntukan penaiktara­fan ketiga-tiga jalan tersebut diusahakan oleh Datuk Abdul Rahman Dahlan semasa beliau menjawat Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Malaysia dalam kerajaan sebelum ini.

“Sebagai Adun Kadamaian dan Menteri KPLB Sabah, saya telah menyediaka­n peruntukan membina konkrit jalan dalam kampung di Kg Tengkurus dan Kg Gandukut masing-masing sepanjang 100 meter.

“Manakala, Kg Lahanas yang juga berada dalam mukim ini telah kita kenalpasti untuk dimasukkan dalam Program Kampung Sejahtera KPLB Sabah yang akan menyediaka­n kemudahan dewan dan penyelengg­araan jalan ke kampung mereka,” katanya.

Beliau juga akan membantu perusahaan tani dan perusahaan parang di Kg Gandukut melalui perancanga­n bajet kementeria­n pada tahun hadapan.

“Saya tahu ini belum lagi memadai, tapi saya mahu berusaha lebih kuat lagi untuk membawa masuk seberapa banyak penaiktara­fan kemudahan di kampungkam­pung di seluruh Kadamaian, khasnya dan di seluruh Sabah, amnya,” katanya.

Ewon turut menyatakan komitmen beliau untuk membangkit­kan keperluan lebih banyak penaiktara­fan Jalan Luar Bandar, Bekalan Elektrik Luar Bandar, Bekalan Air Luar Bandar, Lampu Jalan Kampung dan Rumah PPRT serta pembanguna­n bersepadu Program Mini Estet Sejahtera, Program Ladang PPRT dan Program Kampung Sejahtera semasa mesyuarat Exco-Exco Pembanguna­n Luar Bandar Malaysia yang akan diadakan pada 30 Julai ini di Kuala Lumpur berdasarka­n kepada data-data yang ada di KPLB Sabah.

Dalam majlis itu, Ewon turut menyampaik­an sumbangan touchpoint­s sebanyak RM1,500 kepada komuniti belia Kg Tengkurus bagi bergotong-royong membaikpul­ih gelanggang sepak takraw kampung itu.

Saya telah diberi taklimat oleh JKR dan seterusnya mengadakan diskusi dengan Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur Sabah Datuk Peter Anthony berkenaan jaminan projek-projek tersebut diteruskan dan pelaksanaa­nnya disegeraka­n seberapa yang boleh untuk kepentinga­n penduduk kampung.

EWON BENEDICK Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Sabah

 ??  ?? EWON menyertai penduduk kampung bergotong-royong membajak dan menanam padi sawah di Kg. Tengkurus.
EWON menyertai penduduk kampung bergotong-royong membajak dan menanam padi sawah di Kg. Tengkurus.
 ??  ?? EWON (tiga kanan) menyampaik­an sumbangan kepada wakil penduduk Kg Tengkurus.
EWON (tiga kanan) menyampaik­an sumbangan kepada wakil penduduk Kg Tengkurus.
 ??  ??
 ??  ?? EWON melawat pameran dan jualan parang pada majlis itu.
EWON melawat pameran dan jualan parang pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia