Utusan Borneo (Sabah)

Warga KKMM diminta kuasai kemahiran penyampaia­n maklumat

-

KOTA KINABALU: Warga Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia (KKMM) perlu menguasai kemahiran penyampaia­n maklumat dan berita mutakhir terus kepada rakyat.

Menterinya, Gobind Singh Deo berkata, kemahiran tersebut penting bagi memastikan jabatan serta agensi di bawah KKMM terus relevan dan mampu bersaing dalam industri penyiaran dan penerbitan bahan berita terkini.

Beliau turut menyeru warga KKMM agar mengekalka­n kerjasama menerusi jawatankua­sa penyelaras dan memberi sokongan kepadanya untuk membawa perubahan drastik, sekaligus menyangkal dakwaan pihak tertentu bahawa RTM sukar untuk diubah adalah tidak benar.

“Inisiatif dan perubahan minda serta cara pemikiran lama warga RTM, Bernama dan Jabatan Penerangan amat penting dalam memastikan mereka mampu bersaing dengan industri penyiaran dan media sosial masa kini yang semakin mencabar.

“Langkah agresif KKMM mewujudkan Media City adalah suatu usaha drastik kementeria­n bagi mewujudkan

GOBIND (kanan) ketika menyampaik­an amanatnya kepada warga KKMM.

persepsi dan wajah baharu RTM ke arah sistem digital sepenuhnya bagi menjamin kualiti siaran dan pengisian program setanding stesen televisyen luar negara,” jelas beliau.

Dalam amanatnya kepada warga KKMM di sini, petang Jumaat, Gobind turut memberi jaminan bahawa perkhidmat­an dan kualiti serta standard penyiaran berita Jabatan Penyiaran (RTM) dan Bernama akan diperbaiki dari semasa ke semasa menerusi kekerapan lawatan bagi mendapatka­n maklum balas penonton.

Beliau turut menyentuh mengenai perkembang­an strategi peningkata­n sistem jalur lebar negara yang bakal menggabung­kan National Fiberizati­on Plan (NFP) dan National Connectivi­ty Plan (NCP).

Tambah beliau, langkah itu mustahak ke arah memastikan keberkesan­an perkhidmat­an serta sokongan kepada industri penyiaran dan saluran berita seiring kualiti jalur lebar di negara-negara jiran.

Terdahulu, Pengarah Penerangan (JaPen) Sabah, Norzawiyah Bulka yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Penyelaras KKMM mendedahka­n di Sabah terdapat 2,790 warga kementeria­n berkenaan kini berkhidmat di tujuh agensi.

Ia terdiri daripada JaPen, RTM Sabah, Biro Bernama, Pos Malaysia Berhad Sabah dan Wilayah Persekutua­n Labuan, Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia­Malaysia(MCMC), Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) Wilayah Sabah dan Telekom Malaysia Berhad.- Penerangan

 ??  ?? GOBIND (tengah) merakamkan gambar swafoto bersama warga KKMM Sabah.
GOBIND (tengah) merakamkan gambar swafoto bersama warga KKMM Sabah.
 ??  ??
 ??  ?? NORZAWIYAH menyampaik­an ucapan aluannya pada Majlis Perjumpaan Menteri Bersama Warga KKMM.
NORZAWIYAH menyampaik­an ucapan aluannya pada Majlis Perjumpaan Menteri Bersama Warga KKMM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia