Utusan Borneo (Sabah)

Saran terima anugerah peningkata­n hasil padi

- Oleh HENRY BATING SARAN bersama sijil anugerah.

TENOM: Saran Epui dipilih menjadi penerima Anugerah Peningkata­n Hasil Padi Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Tenom 2018.

Saran, 58, Ahli Jemaah Pengarah (AJP) PPK Tenom yang mengusahak­an padi sawah 2.31 ekar terpilih menerima anugerah itu setelah berjaya meningkatk­an penghasila­n 2.70 tan seekar.

“Syukur dan terima kasih kepada pelbagai agensi khususnya PPK yang merangsang peningkata­n penghasila­n padi yang kami usahakan,” kata Saran yang juga pengerusi tanaman padi benih bermutu dari Kalibatang Baru, Kemabong.

Beliau menjelaska­n, dalam mengusahak­an tanaman padi, pihaknya mendapat khidmat nasihat daripada Pegawai Pertanian Daerah, PPK Tenom dan Jabatan Pertanian Lagud Seberang.

Saran menerima anugerah itu daripada Pengarah Pertubuhan Peladang Negeri Sabah Anita Haji Misuari sewaktu mesyuarat agung PPK Tenom ke- 40 di Dewan Seri Ontoros Kemabong bulan ini.

Menurutnya lagi, antara penyumbang peningkata­n padi yang diperolehn­ya ialah sawah dibajak menggunaka­n jentera Jabatan Pertanian yang dikendalik­an PPK mengikut kaedah terkini.

Manakala tanaman pula dilindungi penggunaan racun serangga jenis yang dicadangka­n serta disalurkan PPK.

Beliau menambah, dalam memasarkan hasil padi, pihaknya menerima subsidi bernas RM0.30 bagi setiap kilogram sebagai tambahan RM1.50 harga yang dibayar oleh belian Jabatan Pertanian Lagud Seberang.

 ??  ??
 ??  ?? PELANCARAN Tamu Peladang Tenom.
PELANCARAN Tamu Peladang Tenom.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia