Utusan Borneo (Sabah)

Bantu k’jaan ringan beban Dayak berhijrah ke bandar

NGO dapat memainkan peranan kenal pasti langkah sesuai, banyak isu timbul akibat penghijrah­an sejak 30 tahun lalu

-

MIRI: Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dapat memainkan peranan besar dalam membantu kerajaan mengenal pasti langkah sesuai untuk meringanka­n beban masyarakat Dayak yang berhijrah ke kawasan bandar.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Permodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, setakat ini 60 peratus masyarakat Dayak tinggal di bandar dan selebihnya di luar bandar.

Beliau berkata, penghijrah­an ke bandarband­ar besar dalam tempoh 30 tahun lalu mewujudkan masalah seperti ketiadaan tempat tinggal, sumber pendapatan dan pekerjaan.

Justeru, Uggah menyeru bantuan daripada NGO seperti Pertubuhan Dayak Miri (DAM) untuk membantu kerajaan Sarawak melalui rancangan strategik yang selaras dengan program kerajaan untuk membantu golongan ini.

“Saya berharap jawatankua­sa NGO akan mendapatka­n data ahli-ahli berkaitan latar belakang setiap keluarga, pekerjaan, penggangur­an, warga emas dan semua masyarakat Dayak yang ada dalam persatuan.

“Kerajaan mempunyai beberapa program yang bersesuaia­n dengan semua segmen dalam masyarakat.

“DAM boleh membantu kita untuk mendekati setiap kumpulan usahawan, usahawan tani, pelajar, penganggur, warga emas dan ibu tunggal untuk meningkatk­an taraf hidup mereka,” katanya berucap pada Majlis Makan Malam Penghargaa­n, Pelantikan,

DATUK AMAR DOUGLAS UGGAH EMBAS Timbalan Ketua Menteri

Graduasi dan Ngiling Bidai 2018 di sebuah hotel di sini malam Jumaat.

Uggah berkata, kerajaan memerlukan maklum balas untuk mencari jalan terbaik membantu golongan Dayak bagi memastikan tiada yang tercicir daripada arus pembanguna­n menjelang 2030.

“Kita menerima cadangan dan sedia duduk bersama untuk berbincang mengenai isu tanah, pekerjaan, perumahan dan kemiskinan, bukan bergaduh dalam kumpulan WhatsApp kerana ini tidak membantu.

“Ini adalah tanggungja­wab kita untuk memastikan golongan sasaran seperti ibu tunggal, pelajar, warga emas, usahawan dan semua kumpulan dapat meningkatk­an taraf hidup mereka setaraf dengan masyarakat lain,” kata Uggah.

Uggah turut meluluskan peruntukan sebanyak RM50,000 untuk DAM melaksanak­an program tahunan 2018.

Majlis pada malam itu diceriakan dengan persembaha­n tarian ngajat oleh para pelajar dan penyampaia­n penghargaa­n untuk ahli-ahli DAM dan pelantikan ahli baharu serta penyampaia­n insentif untuk anak-anak ahli yang mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaa­n.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan Dennis Ngau, Presiden DAM Serawa Budol, pengerusi penganjur merangkap Timbalan Presiden Wilfred Mac serta wakil dari pelbagai NGO antaranya Persatuan Kayan Sarawak, Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA), RURUM Kelabit

“Saya berharap jawatankua­sa NGO akan mendapatka­n data ahli-ahli berkaitan latar belakang setiap keluarga, pekerjaan, penggangur­an, warga emas dan semua masyarakat Dayak yang ada dalam ” persatuan

 ??  ?? (Berdiri tengah, dari lapan kanan) WILFRED, Uggah, Serawa bergambar bersama jawatankua­sa baharu dan lama DAM pada Majlis Makan Malam Penghargaa­n, Pelantikan, Graduasi dan Ngiling Bidai 2018 di Miri, malam Jumaat.
(Berdiri tengah, dari lapan kanan) WILFRED, Uggah, Serawa bergambar bersama jawatankua­sa baharu dan lama DAM pada Majlis Makan Malam Penghargaa­n, Pelantikan, Graduasi dan Ngiling Bidai 2018 di Miri, malam Jumaat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia