Utusan Borneo (Sabah)

YPS lancar projek terbaharu ‘Projek Jejak Warisan dan Hikayat Perpaduan’

-

KUCHING: Yayasan Perpaduan Sarawak (YPS) melancarka­n projek ter baharu ‘Projek Jejak Warisan dan Hikayat Perpaduan’ yang menggambar­kan perpaduan pelbagai kaum di Sarawak, pada Sabtu.

Berucap pada majlis pelancaran­nya, Ketua Eksekutif YPS Datu Aloysius J Dris berkata, projek itu menjadi carta perjalanan dalam usaha kerajaan mengekalka­n perpaduan di kalangan kaum negeri ini.

“Melalui projek ini, YPS akan meneroka, men dokumen serta mengetenga­hkan kisah bagaimana semua masyarakat daripada pelbagai lapisan menguat dan memelihara semangat perpaduan demi kemakmuran.

“Projek juga menyediaka­n sumber maklumat, kompilasi, penciptaan kandungan dan pengeluara­n bahan maklumat yang menumpukan kepada perpaduan warisan Sarawak,” ujarnya.

Pelancaran projek itu disempurna­kan Yang diPertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan dihadiri isterinya Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib serta Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Menurut Aloysius, langkah pertama dalam projek berkenaan adalah dengan mendapatka­n dan mendengar kisah daripada generasi tua.

Katanya, ini kerana mereka merupakan keturunan perintis yang terlibat dalam perjalanan warisan perpaduan.

Projek bertemakan bersejarah juga, kata beliau, bertujuan untuk mengetenga­hkan perjalanan yang diambil oleh Sarawak untuk mencapai kedudukann­ya sebagai model perpaduan di negara ini.

“Tujuan projek berkenaan menjadi penyelidik­an, kompilasi, penciptaan kandungan dan pengeluara­n bahan maklumat yang berwibawa mengenai peristiwa, orang dan tempat yang menjadi tonggak utama, mercu tanda dan ikon perpaduan di Sarawak,” kata Aloysius.

Aktiviti utama yang dirancang dibawa h projek bagi 2018 dan 2019 itu termasuk dokumentas­i cerita mengenai perpaduan dan penciptaan kandungan dalam bentuk buku kecil dan video serta kandungan dalam talian.

Majlis turut dihadiri bekas Timbalan Ketua Menteri juga Timbalan Pengerusi Lembaga Amanah YPS Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang serta ahli lembaga amanah YPS lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia