Utusan Borneo (Sabah)

Sarawak cari peluang kembang e-Wallet ke Indonesia: KM

Kerajaan Sarawak cari jalan perluas aplikasi mudah alih ke peringkat serantau

-

SIBU: Sarawak sedang mencari peluang untuk mengembang­kan platform aplikasi mudah alih e-Wallet yang dilaksanak­an kerajaan Sarawak ke Indonesia.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, ini akan membolehka­n perniagaan dijalankan secara serantau.

“Pada masa ini, kami (Sarawak) bekerjasam­a dengan Singapura yang mempunyai aplikasi pembayaran mudah alih mereka sendiri.

“Sudah tentu, kami mencari peluang ke Indonesia dan di sana (Indonesia) mereka mempunyai aplikasi pembayaran yang dikenali sebagai ‘Go-Jek.’

“Dengan mempunyai rangkaian ini, perniagaan anda akan berada di serantau,” jelasnya ketika merasmikan Sidang Kemuncak Perniagaan Junior Chamber Internatio­nal (JCI) Malaysia 2018 yang berlangsun­g di sebuah hotel terkemuka di sini, barubaru ini.

Katanya, aplikasi Sarawak Pay (e-Wallet) yang dilaksanak­an kerajaan Sarawak adalah cara baharu untuk menjalanka­n perniagaan tanpa menggunaka­n cek atau kad kredit untuk pembayaran.

“Sebaik sahaja anda mempunyai pembayaran mudah, ia akan membantu aliran tunai anda kerana ketika anda menjual produk, anda akan mendapat pembayaran dengan segera melalui pembayaran mudah alih.

“Malah, di kedai kopi, anda hanya memerlukan kod telefon bimbit dan QR (respons cepat) untuk menyelesai­kan segalagala­nya. Itulah dunia moden menjalanka­n perniagaan,” ujarnya.

Sidang Kemuncak Perniagaan (Business Summit) JCI Malaysia 2018 yang diadakan di Sibu dari 20 hingga 22 Julai dihadiri seramai kira-kira 200 perwakilan dari Malaysia, Filipina, Indonesia, Singapura, Hong Kong, Thailand, Kemboja dan Taiwan.

Sidang kemuncak yang bertemakan ‘Rising Above Financial Turbulence’ (RAFT) akan menampilka­n penceramah profesiona­l, usahawan dan pemimpin masyarakat.

Sementara itu, Presiden Kebangsaan JCI Malaysia 2018 Kelvin Chew percaya para perwakilan akan dapat mempromosi perniagaan dan rangkaian mereka dengan membawa kembali lebih banyak hubungan perniagaan dan idea perniagaan baharu melalui sidang kemuncak itu.

“Kami mempunyai delegasi dan sokongan dari Malaysia serta negara-negara lain seperti Taiwan, Filipina, Singapura, Indonesia, Hong Kong, Kemboja dan Thailand.

DATUK PATINGGI ABANG JOHARI TUN OPENG Ketua Menteri

“Sidang kemuncak ini membolehka­n kumpulan orang muda seperti anda dari negaranega­ra yang berbeza bertemu dan berkongsi idea perniagaan.

“Kami menawarkan pengalaman sidang kemuncak holistik dengan menangani isu dan peluang semasa yang memberi kesan kepada landskap perniagaan pada tahuntahun akan datang,” katanya.

Menurut Chew, ia juga akan mengadakan perbincang­an panel yang menganalis­is pandangan pasaran serta trend, dengan matlamat utama untuk memacu pertumbuha­n ekonomi yang mampan.

“Sudah tentu, kami mencari peluang ke Indonesia dan di sana (Indonesia) mereka mempunyai aplikasi pembayaran yang dikenali sebagai ‘Go-Jek.’ Dengan mempunyai rangkaian ini, perniagaan anda akan berada di serantau. ”

 ??  ?? ABANG JOHARI (tiga kiri) merasmikan Sidang Kemuncak Perniagaan JCI Malaysia 2018 disertai Wong (dua kanan), Abdul Karim (kanan) serta (dari kiri) Irene, Chew dan Marc.
ABANG JOHARI (tiga kiri) merasmikan Sidang Kemuncak Perniagaan JCI Malaysia 2018 disertai Wong (dua kanan), Abdul Karim (kanan) serta (dari kiri) Irene, Chew dan Marc.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia