Utusan Borneo (Sabah)

220 peserta sertai Festival Seni Khat dan Jawi Peringkat Zon Borneo

-

KUCHING: Festival Seni Khat dan Jawi Peringkat Zon Borneo anjuran Politeknik Kuching Sarawak (PKS) melabuhkan tirainya pada Khamis lalu.

Kira-kira 220 peserta daripada pelbagai institusi dan agensi di Sarawak dan luar negara termasuk Negara Brunei Darussalam menyertai festival itu.

Majlis penutupan festival yang julung kali diadakan di sini, disempurna­kan oleh Timbalan Pengarah (Akademik) PKS Chow Tio Kiong.

Chow dalam ucapannya berkata, PKS akan terus berusaha menjalinka­n kerjasama dengan agensi-agensi lain sama ada kerajaan mahupun swasta untuk memelihara dan mengembang­kan tulisan jawi dan khat dalam kalangan masyarakat.

Ini kerana katanya, ia merupakan satu cabang seni yang dapat memberi manfaat, selain memupuk daya kreativiti individu sekali gus boleh diperkemba­ng ke peringkat komersial.

“Selain itu, program ini diyakini dapat menghimpun­kan domain-domain pembelajar­an seperti pengetahua­n, kemahiran komunikasi, pemikiran kritis, kemahiran sosial dan tanggungja­wab, pembelajar­an sepanjang hayat, etika dan moral, kerja berpasukan dan kemahiran kepimpinan bagi menghasilk­an pelajar dan graduan yang seimbang, holistik, berkualiti dan berdaya keusahawan­an,” katanya.

Menurut Chow, antara objektif penganjura­n festival itu adalah untuk menyemarak­kan semangat cinta terhadap seni khat dan jawi dalam kalangan masyarakat termasuk para pelajar PKS.

“Kita harap festival ini akan dapat diteruskan dan menerima lebih banyak penyertaan daripada masyarakat dalam dan luar negara,” katanya.

Pelbagai aktiviti berbentuk pengetahua­n dan kemahiran seperti bengkel berkaitan tulisan dan khat, keusahawan­an dan pameran turut diadakan sepanjang dua hari festival itu berlangsun­g.

Sementara itu, johan dan naib johan Pertanding­an ‘KaryaSaya’ yang menguji peserta dalam seni khat dan tulisan dimenangi oleh dua peserta dari Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Negara Brunei Darussalam iaitu Muhammad Nazir Othman dan Muhammad Riziman Usin.

Manakala, tempat ketiga dimenangi oleh peserta dari Institut Kemahiran Islam Sarawak (IKMAS) Arif Bazli Mohamad Haimy.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia