Utusan Borneo (Sabah)

Semua pihak perlu bekerjasam­a tangani masalah dadah: Rubiah

-

KOTA SAMARAHAN: Penglibata­n semua pihak dalam menangani masalah dadah amat diperlukan supaya usaha memerangi musuh negara nombor satu itu dapat dicapai dengan jayanya.

Ahli Parlimen Kota Samarahan Rubiah Wang berkata, tanggungja­wab itu bukan hanya terletak di bahu agensi penguat kuasa sahaja tetapi juga perlu penglibata­n ibu bapa, pihak sekolah, ketua masyarakat, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk golongan yang menjadi sasaran yang terdiri daripada anak-anak muda.

“Masalah dadah ini semakin hari semakin membimbang­kan dan apa yang paling membimbang­kan generasi muda kita terlibat dan menjadi sasaran masalah dadah ini.

“Sebab itulah, kerjasama dan penglibata­n semua pihak di peringkat ibu bapa, pihak sekolah, ketua-ketua masyarakat, NGO dan anakanak muda kita amat penting supaya program-program memerangi dadah ini dapat dilaksanak­an dengan berkesan dan berjaya,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penutupan Karnival Pencegahan Dadah di Sekolah Peringkat Sekolah Menengah Bahagian Samarahan di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota Samarahan, pada Sabtu.

Sehubungan itu, Rubiah menyambut baik penganjura­n karnival seumpama itu bagi memastikan golongan sasar mendapat maklumat tepat tentang bahaya dadah.

“Kalau kita hendak membantera­s masalah dadah ini, kita perlu pergi ke golongan yang disasarkan iaitu anak-anak muda kita, pelajar kita, beri maklumat tepat agar mereka tidak terlibat dalam masalah dadah ini yang memberi kesan buruk kepada masa depan mereka,” tegasnya.

Malah, beliau turut menggesa agar pihak sekolah menerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) melaksanak­an program berbentuk jati diri agar anakanak muda dapat disemai dengan sahsiah diri yang baik selain program akademik.

 ??  ?? RUBIAH (tengah) ditemani Ainnie dan tetamu kehormat lain merakam kenangan bersama pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Pesantren Abdul Taib Mahmud.
RUBIAH (tengah) ditemani Ainnie dan tetamu kehormat lain merakam kenangan bersama pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Pesantren Abdul Taib Mahmud.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia