Utusan Borneo (Sabah)

Aliran keluar dana asing dari pasaran ekuiti makin kurang

Pelabur asing setakat ini menarik balik RM10.8 bilion bersih sejak PRU14 susulan Malaysia baharu terbentuk

-

KUALA LUMPUR: Aliran keluar dana asing dalam pasaran ekuiti tempatan masih terkawal dan semakin berkuranga­n, demikian menurut penganalis­is dan pemerhati pasaran.

Penganalis­is MI D F Amanah Investment Bank Bhd, Adam Mohamed Rahim berkata julat jualan bersih asing kekal di bawah RM200 juta mulai minggu bermula 2 Julai hingga 13 Julai, kecuali pada 6 Julai yang menyaksika­n aliran keluar yang tinggi sebanyak RM393.6 juta bersih, yang dikaitkan dengan penguatkua­saan tarif oleh Amerika Syarikat (AS) ke atas import China.

Untuk minggu yang baharu berakhir, tidak termasuk Jumaat, aktiviti jualan bersih asing kurang daripada RM100 juta, kecuali pada Rabu, apabila pasaran tempatan menyaksika­n aliran masuk bersih RM71.7 juta.

Oleh itu, jumlah jualan bersih asing bagi minggu lepas, tidak termasuk Jumaat, berjumlah RM182.5 juta bersih berbanding RM531.8 juta yang dicatatkan pada minggu sebelumnya, katanya.

“Kami menjangkak­an aliran keluar asing akan terus rendah jika tiada berlaku sebarang keadaan yang tidak dapat dielakkan, dan pelabur asing akhirnya akan beransuran­sur kembali ke pasaran Malaysia,” katanya.

Sepanjang 10 hari pertama dagangan, Bursa Malaysia berada dalam aliran menaik, namun kembali merosot akibat pemgambila­n untung pada Jumaat.

Adam berkata dana institusi tempatan menyumbang sebahagian besar kepadaa peningkata­n itu, menyokong melonjakka­n saham tempatan dalam tujuh daripada sembilan hari operasi Bursa

Penganalis­is MIDF Amanah Investment Bank Bhd

Malaysia baru-baru ini.

“Jumlah terkumpul bersih dana institusi dalam tempoh sembilan hari itu ialah sebanyak RM636.9 juta, manakala pelabur asing membuat jualan bersih berjumlah RM714.3 juta,” katanya.

Beliau berkata pelabur asing setakat ini menarik balik RM10.8 bilion bersih sejak Pilihan Raya Umum Ke-14 Malaysia yang menyaksika­n kerajaan baharu, Pakatan Harapan, mengambil alih kuasa, manakala minggu dengan jualan bersih asing tertinggi ialah pada minggu yang berakhir pada 18 Mei, apabila sejumlah RM2.5 bilion mengalir keluar.

Namun, Adam berkata berbanding dengan tiga pasaran ASEAN lain – Thailand, Filipina dan Indonesia - Malaysia mencatat aliran keluar kedua paling rendah selepas Filipina, dengan jumlah setakat 19 Julai 2018 sebanyak AS$2.06 bilion atau RM8.24

bilion.

Thailand merekodkan aliran keluar terbesar sebanyak AS$6.19 bilion, katanya.

Adam berkata aliran keluar modal asing di rantau ini sebahagian besarnya disebabkan oleh faktor luaran, dengan kebimbanga­n perang perdaganga­n AS-China menjadi penyebab utama yang mencetusan keadaan huruhara dalam ekuiti di seluruh dunia.

Selain itu, isu Brexit dan hubungan antara Amerika Syarikat dan Korea Utara bagi membebaska­n sepenuhnya Semenanjun­g Korea daripada senjata nuklear, selain dasar monetari di seluruh dunia, turut menyumbang kepada ketidakten­tuan pasaran.

Sementara itu, Ketua Penyelidik Inter-Pacific Securities Sdn Bhd Pong Teng Siew yang menyuaraka­n sentimen yang sama, berkata tahap pengaliran keluar dana secara besar-besaran semakin reda.

Berbanding kedudukan semasa krisis kewangan 2013 yang menyaksika­n aliran keluar asing daripada ekuiti tempatan berjumlah kira-kira RM11.8 bilion, beliau berkata paras semasa aliran keluar hampir sama.

“Aliran keluar mula perlahan dan saya tidak terkejut jika ia akan berhenti tidak lama lagi,” katanya.

Sementara itu, ekuiti Malaysia agak menarik dari segi penilaian selain kedudukan ringgit yang jelas kurang daripada nilai sebenar, kata Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Dr. Mohd Afzanizam Abdul Rashid.

“Oleh itu, pasti ada sebab untuk pelabur asing memasuki bursa tempatan.

“Satu-satunya kebimbanga­n ialah prospek pendapatan ekoran ketidakten­tuan faktor luaran seperti ketegangan perdaganga­n serta potensi peningkata­n kadar faedah di Amerika Syarikat,” katanya.

Mengenai prestasi ringgit, Ketua Ekonomi MIDF Amanah Investment Bank Dr Kamaruddin Mohd Nor berkata unit tempatan menyusut dan melepasi tahap psikologi 4.05, susulan pengukuhan berterusan dolar AS.

Beliau berkata komen oleh Pengerusi Rizab Persekutua­n (Fed) Jerome Powell yang memihak kepada peningkata­n kadar faedah, mendorong pengukuhan dolar AS minggu ini.

Penyiaran data penganggur­an AS pada Khamis juga positif kepada dolar AS dan menyokong langkah Fed untuk melaksanak­an kenaikan secara berperingk­at dua kali untuk tempoh berbaki tahun ini.

Indeks dolar meningkat 0.4 peratus minggu ini dan 3.3 peratus setakat ini tahun ini,” kata Kamaruddin sambil menambah kedudukan ini terus menekan ringgit yang menguncup 0.27 peratus berbanding dolar.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pegawai Pelaburan Hermana Capital Bhd Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan berkata unit tempatan dijangka berada pada paras 4.05 berbanding dolar AS minggu depan. -Bernama

“Kami menjangkak­an aliran keluar asing akan terus rendah jika tiada berlaku sebarang keadaan yang tidak dapat dielakkan, dan pelabur asing akhirnya akan beransur-ansur kembali ke pasaran Malaysia.

ADAM MOHAMED RAHIM

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia