Utusan Borneo (Sabah)

BMW lancar bilik pameran baharu

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: BMW Malaysia secara rasmi melancarka­n bilik pameran terbaharu BMW dan BMW Motorrad iaitu Regas Premiim Sabah, yang terletak di jalan Penampang, di sini pada Sabtu.

Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia Harald Hoelzl berkata, perkongsia­n dan kerjasama dengan wakil peniaga mereka seperti Regas Premium Sabah adalah titik sentuhan penting bagi memenuhi janji kepada pelanggan di negeri ini.

“Walaupun Regas Premium Sabah kini menjadi pengedar baharu di Kota Kinabalu, pemiliknya Tan Brothers Machinery Company (TBMC) dan Kumpulan Syarikat Regas bukan orang asing dalam industri automotif premium di Malaysia Timur,” katanya ketika berucap pada majlis berkenaan.

Selain itu Harald berkata, setiap tahun, Malaysia Timur menyumbang lebih daripada 500 kenderaan di negara ini, manakala, Sabah menyumbang lebih daripada 200 kenderaan yang membuktika­n bahawa negeri ini terpenting dalam jualan kenderaan jenama berkenaan.

Sementara itu, Pengarah Urusan merangkap Peniaga Utama Regas Premium Sabah Matthew Tan berkata, BMW Group adalah peneraju dalam ‘Mobility of the Future’, kerana ia memberikan produk premium terbaik dan perkhidmat­an premium terbaik dalam perjalanan.

“Jenama yang mewakili pembuat premium itu juga adalah jenama yang paling pesat berkembang di segmen premium di Malaysia dengan inovasi yang mengetuai industri automotif di negara ini.

“Usaha ini adalah cita-cita kami bagi Kumpulan Syarikat TBMC untuk mewakili jenama di Sabah, “katanya.

Tahun lepas sahaja, penghantar­an di seluruh rangkaian BMW, MINI dan BMW Motorrad mengalami peningkata­n sebanyak 18 peratus di Sabah berbanding pada tahun 2016.

Regas Premium Sabah Sdn Bhd adalah usaha sama antara TM Vision Auto Services Sdn Bhd, iaitu anak syarikat Kumpulan Syarikat TBMC dan Regas Premium Auto Sdn Bhd.

Regas Premium Auto adalah wakil peniaga yang sah untuk jenama BMW, MINI dan Motorrad BMW di negeri Sarawak.

Regas Premium Auto juga dilantik sebagai pengedar perkhidmat­an rasmi untuk BMW pada tahun 2016 di Sabah, dan pada tahun lepas, pengedar itu menubuhkan kemudahan awam BMW yang pertama di Malaysia Timur bertempat di CityOne Megamall, Kuching.

Selain itu, Regas Premium Sabah pula akan mengambila­lih Autohaus FM sebagai pengedar baru BMW Group Malaysia di Kota Kinabalu dan akan beroperasi di bangunan seluas 53,500 kaki persegi yang terletak di Lot 17362, Mile 3, Lido, Jalan Penampang,

Bangunan berkenaan menawarkan suite, Jualan, Perkhidmat­an, Sewaan dan Sistem (4S) lengkap untuk jenama BMW dan BMW Motorrad, serta kemudahan perkhidmat­an untuk jenama BMW i dan MINI.

BMW Group Malaysia kini mempunyai rangkaian 20 BMW, 8 MINI dan 9 motors BMW Motorrad di seluruh negara.

Turut hadir ialah Pengerusi Regas Premium Sabah Datuk Aloysius Tan.

 ??  ?? HARALD (kiri), Matthew (dua, kanan) dan Aloysius (kanan) menyempurn­akan gimik pelancaran bilik pameran baharu bagi jualan kenderaan jenama BMW.
HARALD (kiri), Matthew (dua, kanan) dan Aloysius (kanan) menyempurn­akan gimik pelancaran bilik pameran baharu bagi jualan kenderaan jenama BMW.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia