Utusan Borneo (Sabah)

Bursa Malaysia menyaksika­n peningkata­n minggu ini

Pengguna Malaysia yakin indeks sentimen pengguna terkini melonjak lebih 130 mata suku kedua 2018

-

KUALA LUMPUR: Penggunaan domestik serta permintaan, selain kelebihan pembelian akan mendorong Bursa Malaysia meningkat lebih tinggi minggu ini, dengan saham berkaitan pengguna dijangka meraih manfaat, kata ahli ekonomi.

Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata pengguna Malaysia yakin terhadap indeks sentimen pengguna terkini yang melonjak lebih 130 mata pada suku kedua 2018 selepas mencatat bawah 100 mata selama 15 suku berturut-turut.

“Kita boleh menjangkak­an perbelanja­an pengguna bertahan dengan baik, terutama apabila kadar inflasi dijangkaka­n kekal rendah antara Jun hingga Ogos.

“Namun, ancaman yang muncul daripada ketegangan perdaganga­n AS-China kekal, seiring tindakan oleh kerajaan-kerajaan di Eropah yang bertindak balas terhadap import automotif dari AS, menyebabka­n pasaran akan terus berhati-hati,” katanya kepada Bernama.

Mohd Afzanizam berkata peristiwa penting terdekat ialah keputusan Rizab Persekutua­n AS mengenai kadar faedah, pada 1 Ogos.

“Kami menjangkak­an pernyataan Jawatankua­sa Pasaran Terbuka Persekutua­n seiring dengan apa yang telah dinyatakan kepada Senat AS minggu ini. Kami percaya kadar faedah boleh dikekalkan pada tahap sekarang, yang mungkin positif untuk pasaran ekuiti,” katanya.

Sementara itu, menurut laporan pada Jumaat, jutawan Malaysia, T. Ananda Krishnan, dan bekas pembantuny­a Ralph Marshall, serta bekas Menteri Kewangan India, P. Chidambara­m serta anaknya, Karti Chidambara­m, disiasat oleh Biro Penyiasata­n India atas dakwaan penyelewen­gan dalam kes Aircel-Maxis.

Kes ini menyentuh penjualan Aircel kepada Maxis Communicat­ions, entiti milik 62.4 peratus Ananda Krishnan.

Pada Jumaat, saham Maxis Bhd turun dua sen kepada RM5.57, dengan 1,209,500 saham bertukar tangan.

Untuk minggu yang baharu berakhir, Bursa Malaysia ditutup positif buat hari kesembilan pada Jumaat., selari prestasi bursa serantau, dipengaruh­i pertikaian perdaganga­n AS-China.

Pada asas Jumaat ke Jumaat, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI meningkat 32.74 mata kepada 1,754.67 daripada 1,721.93.

Indeks FBM Emas melonjak 274.1 mata kepada 12,420.31, dan Indeks FBMT100 melonjak 261.05 mata kepada 12,209.08.

FBM 70 meningkat 449.61 mata kepada 15,233.24, Indeks FBM Emas Shariah menambah 270.75 mata kepada 12,509.51, dan FBM Ace menokok 51.93 mata kepada 5,403.27.

Mengikut sektor, Indeks Perladanga­n susut 32.31 mata kepada 7,480.23, dan Indeks Perusahaan menokok 34.6 mata kepada 3,214.16.

Indeks Kewangan melonjak 291.97 mata kepada 17,326.35 apabila pelabur bertindak balas secara positif terhadap keputusan Bank Negara Malaysia untuk mengekalka­n kadar dasar semalaman pada 3.25 peratus pada mesyuaratn­ya Rabu lepas.

Jumlah dagangan mingguan meningkat kepada 13.39 bilion unit bernilai RM11.86 bilion berbading 12.04 bilion unit bernilai RM11.66 bilion.

Jumlah dagangan di pasaran utama meningkat kepada 8.22 bilion saham bernilai RM10.33 bilion berbanding 7.25 bilion saham bernilai RM10.37 bilion.

Jumlah dagangan waran berkuranga­n kepada 3.00 bilion unit bernilai RM873 juta daripada 3.43 bilion unit bernilai RM1 bilion.

Jumlah dagangan di pasaran ACE meningkat kepada 2.15 bilion saham bernilai RM651.19 juta berbanding 1.35 bilion saham bernilai RM282.3 juta. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia