Utusan Borneo (Sabah)

Ringgit dijangka meningkat menjelang akhir tahun ini

-

KUALA LUMPUR: Ringgit, yang mengalami aliran menurun berbanding dolar Amerika (AS) sejak kebelakang­an ini berikutan pertumbuha­n ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang lebih kukuh, dijangka semakin stabil dan meningkat menjelang akhir tahun ini.

Ketua Ekonomi Affin Hwang Capital, Alan Tan berkata asas ekonomi yang kukuh dan aktiviti dagangan yang baik di Malaysia mampu membawa ringgit kembali mengukuh kepada 3.80 berbanding dolar AS.

“Kami menjangkak­an asas ekonomi akan terus menyokong ringgit pada hujung tahun 2018. Kami mengunjurk­an dalam tempoh terdekat ringgit akan terus turun naik, namun memasuki suku keempat tahun ini, kami menjangkak­an ringgit akan mengukuh ke paras 3.80 menjelang akhir tahun.” kata Tan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas forum perniagaan pasca PRU14 anjuran Dewan Perniagaan Malaysia-China (MCCC) di sini pada Sabtu.

Tan juga berkata langkah yang diperkenal­kan Bank Negara Malaysia (BNM) bagi menstabilk­an nilai ringgit seperti pertukaran dolar Amerika kepada ringgit dalam aktiviti eksport, mampu meningkatk­an lagi nilai ringgit dan aliran masuk wang ke dalam negara.

“Bukan sahaja berdasarka­n asas ekonomi, bahkan ia melibatkan pengumuman tukaran asing oleh bank negara tahun lepas yang menetapkan pengimport perlu menukar eksport masing-masing daripada dolar AS kepada ringgit, yang akan mewujudkan permintaan yang lebih besar ke atas ringgit dan menyokong pengukuhan ringgit,” kata Tan.

Pada Jumaat, ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS susulan minat belian yang kembali muncul.

Pada 6 petang Jumaat, ringgit berada pada 4.0600/0630 berbanding dolar AS daripada 4.0620/0650 pada Khamis.

Ditanya mengenai perang perdaganga­n China-AS, Tan berkata beliau yakin ia tidak akan menular menjadi perang perdaganga­n global.

“Pada masa ini kami menjangkak­an ia tidak akan menular menjadi perang perdaganga­n global, kami menjangkak­an AS dan China akhirnya akan berkomprom­i,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia