Utusan Borneo (Sabah)

Kontrak hadapan KLIBOR kekal lengang Kontrak hadapan MSM dijangka menyusut minggu ini

-

KUALA LUMPUR: Kontrak hadapan tiga bulan Kadar Antara Bank Kuala Lumpur (KLIBOR) di Bursa Malaysia Derivatif kekal lengang pada minggu ini disebabkan ketiadaan rangsangan pasaran.

Pasaran tidak diniagakan pada sepanjang minggu yang baharu berakhir, dengan kepentinga­n terbuka dan jumlah dagangan sifar.

Bagi asas Jumaat ke Jumaat, harga penutup untuk bulan Ogos 2018, September 2018, Oktober 2018 dan Disember 2018, masing-masing disandarka­n pada 96.27.

Asas tiga bulan KLIBOR tidak berubah daripada 3.69 peratus yang direkodkan pada minggu lepas. — Bernama KUALA LUMPUR: Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif dijangka berada dalam aliran haga menurun minggu ini berikutan kebimbanga­n terhadap eksport yang lebih rendah, dengan harga antara RM2,100 dan RM2,200 setan.

Pedagang Kanan Interband Group of Companies Jim Teh berkata perang perdaganga­n antara Amerika Syarikat (AS) dan China juga akan menambah kegelisaha­n dalam pasaran berikutan keadaan yang tidak menentu ini.

“Bagaimanap­un, perang perdaganga­n ini turut memberi peluang yang baik kepada penggiat tempatan ekoran tindakan China yang mengendaka­n tarif ke atas import kacang soya dari AS.

“Harga MSM kini mencatat kemerosota­n ketara dan saya percaya ini juga memberi peluang membeli yang baik kepada peniaga,” katanya kepada Bernama.

Pada asas Jumaat ke Jumaat, Ogos 2018 meningkat RM55 kepada RM2,179 setan, September 2018 menambah RM48 kepada RM2,195 setan, Oktober 2018 menokok RM35 kepada RM2,194 setan manakala November 2018 meningkat RM29 kepada RM2, 200 setan.

Jumlah dagangan mingguan merosot kepada 178,657 lot berbanding 244,123 lot, manakala minat terbuka meningkat 312,191 kontrak berbanding 306,036 kontrak.

Di pasaran fizikal, Ogos ke Selatan berjumlah RM2,200 setan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia