Utusan Borneo (Sabah)

Kontrak hadapan KLCI dijangka didagangka­n tinggi PTKL dijangka susut sedikit minggu ini

-

KUALA LUMPUR: Kontrak hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivative­s Exchange dijangka didagangka­n lebih tinggi minggu ini, menjejak prestasi pasaran tunai yang positif, kata seorang peniaga.

Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid bagaimanap­un berkata ketegangan perdaganga­n Amerika Syarikat-China yang berlarutan mungkin mendorong pedagang untuk menunggui arah tuju pasaran.

“Ancaman daripada ketegangan perdaganga­n berterusan dengan kerajaanke­rajaan di Eropah juga mengambil tindak balas terhadap import automotif dari Amerika Syarikat, sekali gus menyebabka­n pasaran akan kekal dalam kedudukan berhati-hati,” katanya kepada Bernama.

Pada asas Jumaat ke Jumaat, Julai 2018 meningkat 40 mata kepada 1,759, Ogos 2018 menambah 39.5 mata kepada 1,757, September 2018 menokok 37.5 mata kepada 1,756 dan Disember 2018 meningkat 37 mata kepada 1,755. — Bernama KUALA LUMPUR: Pasaran Timah Kuala Lumpur (PTKL) dijangka didagangka­n dalam aliran harga yang lebih rendah minggu ini berikutan sentimen pelabur yang lemah susulan ketegangan perdaganga­n antara Amerika Syarikat (AS) dan Eropah.

Seorang peniaga berkata ancaman terbaharu Presiden AS Donald Trump untuk mengenakan tarif ke atas kereta Eropah, menjejaska­n pasaran logam.

“Harga penanda aras logam itu di Bursa Logam London (LME) terjejas sejak AS mengenakan tarif ke atas import keluli dan aluminium dari Kesatuan Eropah (EU), Kanada dan Mexico, bulan lepas.

“Jika Kesatuan Eropah bertindak balas ke atas tarif kereta, pasaran logam akan semakin terjejas dan PTKL tidak terkecuali,” katanya kepada Bernama.

Peniaga itu menjangkak­an harga timah tempatan akan bergerak antara AS$19,450 dan AS$19,650 setan minggu ini.

Pada asas Jumaat ke Jumaat, harga di PTKL susut AS$110 kepada AS$19,580, manakala jumlah dagangan merosot 162 tan berbanding 168 tan.

Harga timah di LME merosot sebanyak AS$150 kepada AS$19,500 setan.

Sepanjang minggu, permintaan belian kebanyakan­nya dari China, Korea Selatan, Jepun, Taiwan, Pakistan, Bangladesh dan Jerman.

Perbezaan harga antara PTKL dan LME bagi minggu yang baharu berakhir mencatat premium AS$80 setan berbanding diskaun AS$40 setan pada Jumaat lepas. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia