Utusan Borneo (Sabah)

MIA lancar rangka kerja kompetensi CFO

-

KUALA LUMPUR: Institut Akauntan Malaysia (MIA) melancarka­n Rangka Kerja Kompetensi Ketua Pegawai Kewangan (CFO) untuk meningkatk­an meningkatk­an tadbir urus kewangan entiti awam.

Ketua Pegawai Eksekutif MIA, Dr Nurmazilah Mahzan berkata rangka Kerja Kompetensi CFO bertujuan memberi penjelasan kepada mereka yang bertanggun­gjawab ke atas tadbir urus dan eksekutif teratas bahawa fungsi kewangan yang kompeten dan dipimpin oleh CFO yang cekap akan dapat meningkatk­an tadbir urus korporat, memperkuku­hkan reputasi, keyakinan dan kepercayaa­n orang ramai.

Rangka Kerja Kompetensi CFO disediakan oleh pasukan teknikal MIA dengan kerjasama akauntan profesiona­l dalam jawatankua­sa perniagaan, dan maklum balas daripada para CFO, organisasi perakaunan profesiona­l, pengawal selia dan akauntan profesiona­l.

Layari https://www.mia.org. my/v2/ untuk maklumat lanjut mengenai Kerangka Kecekapan CFO. — Bernama KUALA LUMPUR: Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif dijangkaka­n terus didagangka­n lemah minggu ini berikutan kurangnya pemangkin, termasuk prospek pengukuhan dolar AS.

Peniaga Kanan Phillip Futures Sdn Bhd, Leo Goh Boon Hao berkata emas tempatan diunjurkan menjejaki pergerakan logam berharga COMEX, yang mungkin terjejas susulan pengukuhan dolar AS.

Dolar AS mencecah paras tertinggi dalam tempoh setahun berbanding mata wang utama yang lain pada Khamis, disokong oleh hala tuju pertumbuha­n ekonomi yang lebih stabil serta potensi kenaikan kadar faedah bagi tempoh berbaki tahun ini.

Bagaimanap­un, dolar AS menyusut pada Jumaat selepas Presiden Donald Trump menyatakan kebimbanga­nnya mengenai kedudukan mata wang itu yang kukuh. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia