Utusan Borneo (Sabah)

Selepas filem, Cher akan muncul dengan album nyanyian semula lagu Abba

-

LAGENDA pop

Cher baru-baru ini mengumumka­n sebuah album nyanyian semula lagu Abba selepas dia membintang­i dalam lanjutan filem untuk ‘Mamma Mia!’, sebuah filem muzikal yang diinspiras­ikan oleh kumpulan ikonik dari Sweden itu.

Dalam satu letusan baru aktiviti oleh penyanyi dan pelakon berumur 72 tahun, Cher mengatakan semangat kreatifnya dinyalakan semula selepas menyanyi salah satu lagu pengenalan dalam ‘Mamma Mia! Here We Go Again’ yang kini sedang ditayangka­n di pawagam.

“Selepas saya melakukan ‘Fernando’, saya berfikir ia akan betul-betul seronok melakukan sebuah album lagu-lagu Abba, jadi saya lakukannya,” kata Cher dalam satu temubual televisyen ‘Today’ NBC.

“Ia bukan apa yang anda fikir bila anda memikirkan Abba, kerana saya lakukannya dalam satu cara berbeza,” kata Cher tanpa menyatakan senarai lagu atau tarikh pelancaran.

Album itu akan menjadi kerja studio pertama Cher selepas album ‘Closer to the Truth’ yang didorong muzik tarian pada tahun 2013.

Cher dalam tahuntahun kebelakang­an ini lebih kepada pertunjuka­n residensi di Las Vegas. Dia tidak muncul dalam mana-mana filem selepas meminjamka­n suaranya kepada seekor singa dalam filem ‘Zookeeper’ pada tahun 2011.

Persembaha­n muzikal pentas ‘Mamma Mia!’ yang asal dan kemudianny­a filem mengadunka­n bersama lagu-lagu Abba dalam memberitah­u cerita Sophie, yang merancang perkahwina­nnya di pulau Greek di samping ibunya, Donna yang sukakan kebebasan dan nekad untuk mengenal pasti siapa bapanya dengan keputusan keputusan yang melucukan.

Dalam sekuelnya, Cher berlakon sebagai ibu Donna, sekali lagi dimainkan oleh Meryl Streep.

Filem itu menyusul tidak lama selepas Abba sendiri mendedahka­n muzik baru, 35 tahun selepas single yang terakhir mereka.

 ?? — Gambar AFP ?? (Dari kiri) LILY James, Cher dan Amanda Seyfried semasa tiba untuk tayangan perdana dunia filem ‘Mamma Mia! Here We Go Again’ di London, pada minggu lepas.
— Gambar AFP (Dari kiri) LILY James, Cher dan Amanda Seyfried semasa tiba untuk tayangan perdana dunia filem ‘Mamma Mia! Here We Go Again’ di London, pada minggu lepas.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia