Utusan Borneo (Sabah)

‘Berakhirla­h Sudah’ julang nama Atmosfera

Muncul Juara Lagu dan Lirik Terbaik CLAS Musim Ke-11

-

ANUGERAH Juara Carta Lagu Artis Sabah (CLAS) Musim Ke-11 melabuhkan tirai dengan mengangkat Atmosfera menerusi lagu ‘Berakhirla­h Sudah’ sebagai Juara Lagu dan Lirik Terbaik.

Kumpulan adik beradik yang berasal dari Keningau itu berjaya membawa pulang hadiah terkumpul RM4,500 serta trofi dan sijil penyertaan.

Manakala, Anugerah Vokal Terbaik pula diberikan kepada artis kelahiran Ranau, Fanzi Ruji dengan lagu ciptaan Douglas Henry dan lirik Ed Widad bertajuk ‘Mimpikan Dia’.

Sementara itu, lagu ciptaan gandingan artis, Adin Hans dan Santiana Ramli yang berunsur ketuhanan bertajuk ‘Luka’ dan lirik ciptaan Asfarina Mansor, merangkul Anugerah Persembaha­n Terbaik.

Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) Sabah pada kali ini turut menyiarkan siaran langsung Anugerah Juara CLAS menerusi aplikasi facebook (FB-Live Boadcast) sebagai salah satu usaha memberikan liputan meluas kepada penggermar muzik tempatan.

Atas inisiatif tersebut, RTM Sabah juga mewujudkan satu anugerah khas iaitu Anugerah Lagu Popular melalui undian terbanyak semasa acara tersebut berlangsun­g di Exhibition Hall Kompleks Karamunsin­g, pada Sabtu malam.

Dalam pada itu, lagu yang berjaya menambat hati peminat dan dengan undian terbanyak hasil penghakima­n awam menerusi FB adalah ‘Gema Derita’ gubahan lagu serta lirik oleh Ateng dan persembaha­n artis, Jovita Johnny.

Semua pemenang anugerah menerima hadiah wang tunai RM1,000 manakala saguhati menerima RM700 trofi dan sijil penyertaan yang disampaika­n Pembantu Menteri Pelajaran dan Inovasi, Jenifer Lasimbang.

Hadir sama Pemangku Pengarah Penyiaran Malaysia (Sabah), Malinaziah Datu Mohd Julaspi dan Pemilik Kompleks Karamunsin­g, Datuk James Kwong. - Jabatan Penerangan

 ??  ??
 ??  ?? PENULIS lirik dan lagu ‘Gema Derita’, Ateng (dua dari kiri) menerima Anugerah Lagu Undian Terbanyak FB, sambil diperhatik­an James (kanan), Jovita (dua kanan) dan Malinaziah (tiga dari kiri).
PENULIS lirik dan lagu ‘Gema Derita’, Ateng (dua dari kiri) menerima Anugerah Lagu Undian Terbanyak FB, sambil diperhatik­an James (kanan), Jovita (dua kanan) dan Malinaziah (tiga dari kiri).
 ??  ?? KUMPULAN Atmosfera menerima anugerah Juara Lagu dan Lirik Terbaik daripada Jenifer sambil diperhatik­an Malinaziah (kiri) dan James (kanan).
KUMPULAN Atmosfera menerima anugerah Juara Lagu dan Lirik Terbaik daripada Jenifer sambil diperhatik­an Malinaziah (kiri) dan James (kanan).
 ??  ?? FANZI Ruji menerima Anugerah Vokal Terbaik.
FANZI Ruji menerima Anugerah Vokal Terbaik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia