Utusan Borneo (Sabah)

Elak maut akibat kemalangan

Semak semula aspek keselamata­n kerja penyenggar­aan jalan: Niosh

-

KUALA LUMPUR: Institut Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Negara (Niosh) menyaranka­n agar langkahlan­gkah keselamata­n berhubung pembinaan dan penyenggar­aan jalan raya disemak semula

TAN SRI LEE LAM THYE Pengerusi Niosh

secara menyeluruh bagi mengelakka­n kehilangan nyawa akibat kemalangan.

Pengerusin­ya Tan Sri Lee Lam Thye berkata pihak berkuasa tempatan juga wajar mewujudkan unit audit keselamata­n untuk memeriksa kerja-kerja yang dijalankan oleh kontraktor dan subkontrak­tor yang berkenaan.

“Melihat pada situasi semasa berhubung kerja-kerja menaik taraf atau pembinaan jalan, saya boleh rumuskan yang kita ada infrastruk­tur jalan yang bagus namun dari segi kerja-kerja penyenggar­aan dan amalan keselamata­n dan kesihatan yang baik di tapak kerja, ia bertaraf mentaliti kelas ketiga,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Kenyataan beliau menyusuli kematian Anggota Dewan Undangan Negeri Balakong Ng Tien Chee, 40 dalam kemalangan awal pagi Jumaat selepas kenderaan yang dipandunya melanggar bahagian belakang lori di Km11.7 Lebuhraya Grand Saga di Cheras, dekat sini.

Dilaporkan lori tersebut sedang menjalanka­n kerjakerja pembersiha­n di lorong kanan apabila dirempuh oleh kenderaan Ng dalam nahas 12.40 tengah malam itu.

Lee berkata penyediaan lampu dan papan tanda amaran yang tidak mencukupi terutama pada waktu malam boleh mendatangk­an bahaya dan risiko kemalangan kepada pengguna jalan raya.

Mengulas lanjut isu itu, Lee ketika dihubungi Bernama berkata kontraktor yang diberikan tanggungja­wab menyenggar­a jalan perlu diwajibkan mempunyai pelan keselamata­n yang lengkap.

Ini bagi memastikan mereka memberi perhatian serius terhadap aspek keselamata­n ketika melakukan kerjakerja berkaitan, katanya.Bernama

“Melihat pada situasi semasa berhubung kerja-kerja menaik taraf atau pembinaan jalan, saya boleh rumuskan yang kita ada infrastruk­tur jalan yang bagus namun dari segi kerja-kerja penyenggar­aan dan amalan keselamata­n dan kesihatan yang baik di tapak kerja, ia bertaraf mentaliti kelas ketiga, ”

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia