Utusan Borneo (Sabah)

Sarawak dapat menyuaraka­n pendapat dengan bebas menerusi GPS

-

KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) kini merupakan platfrom yang lebih baik dan mantap bagi menyuaraka­n pendapat rakyat dengan lebih bebas demi melindungi kepentinga­n negeri ini kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Abang Johari, yang mengetuai gabungan empat parti itu berkata tidak perlu bagi Sarawak untuk keluar Malaysia, kerana berada dalam Malaysia tidak bererti rakyat tidak boleh menuntut hak mereka seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Perlembaga­an Persekutua­n.

“PRU14 (Pilihan Raya Umum ke14) telah berakhir dan kita semua tahu bahawa kerajaan baharu di Putrajaya telah ditubuhkan. Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad berada di Kuching baru-baru ini dalam lawatannya yang pertama ke Sarawak sejak menjadi Perdana Menteri.

“Kita sungguh berbangga dengan keberadaan Dr Mahathir di Kuching di mana kita telah dapat memberikan gambaran keseluruha­n tentang pembanguna­n di Sarawak” katanya ketika berucap pada majlis sempena Hari Kemerdekaa­n Sarawak 2018 di Dataran Perayaan, Jalan Stadium di sini.

Abang Johari berkata kehadiran Dr Mahathir membuktika­n bahawa GPS telah berjaya mewujudkan hubungan yang erat dengan kerajaan persekutua­n sunggupun berlainan pendapat politik.

“Sarawak memerlukan perhatian kerajaan persekutua­n secara berterusan bagi menentukan pembanguna­nnya tidak terjejas demi rakyat negeri ini,”

Abang Johari berkata pada peringkat awal Sarawak agak berpuas hati dengan janji untuknya dalam Malaysia telah telah ditepati.

Namun setelah beberapa lama, secara sengaja atau tidak, hak Sarawak telah dicerobohi tanpa disedari oleh rakyat Sarawak sendiri.

“Sudah tentu ini membuatkan rakyat Sarawak merasa tidak puas hati. Kami percaya sepenuhnya bahawa soal panghakisa­n kuasa ini harus diperbetul dan diselesaik­an menerusi rundingan kerana rasa ketidakpua­san itu tidak sihat untuk kesejahter­aan Malaysia secara keseluruha­nnya,” kata beliau.

Sarawak diberikan pemerintah­an sendiri oleh penjajah British pada 22 Julai 1963 dengan pelantikan kabinet pertama bagi mentadbir negeri itu di mana proklamasi dikeluarka­n bagi penubuhan sebuah Majlis Tertinggi baharu.

Kabinet pertama Sarawak diketuai oleh Datuk Stephen Kalong Ningkan sebagai ketua menteri dan dibantu oleh lima menteri, di mana mereka bertanggun­gjawab memulakan pembanguna­n Sarawak.

Pada 15 Sep t 1963, pada 12.30 tengah ari Gabenor British terakhir, Sir Alexander Waddell meninggalk­an Sarawak dan pulang ke negara kelahirann­nya.

Sarawak menyertai pembentuka­n Malaysia bersama Persekutua­n Tanah Melayu, Borneo Utara (Sabah) dan Singapura pada 16 Sept, 1963. Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia