Utusan Borneo (Sabah)

Kekasih penyamun ditahan ketika cari mangsa

-

BUKIT MERTAJAM: Sepasang kekasih yang terlibat dalam kegiatan samun di sekitar Seberang Perai Tengah (SPT), di sini berjaya ditahan polis di Pusat Perniagaan Juru Jaya pada Sabtu ketika mereka sedang mencari mangsa untuk disamun.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata pasangan berusia 28 dan 30 tahun itu ditahan bersama sebuah motosial jenis Honda Waze oleh polis yang menjalanka­n Ops Pencegahan Jenayah di kawasan berkenaan kira-kira pukul 10 malam.

“Polis menahan mereka yang sedang menaiki motosikal itu selepas mendapati berada dalam keadaan mencurigak­an dan pemeriksaa­n awal kami menemui sebilah pisau lipat bersama pasangan berkenaan. Ia dipercayai digunakan untuk kegiatan samun.

“Mereka mengaku terlibat lebih 10 kes samun di sekitar SPT sejak beberapa bulan lepas dan terbaru pada Khamis lepas di kawasan Per d a membabitka­n seorang wanita yang baru balik bekerja pada pukul 11 malam,” katanya di sini, pada Ahad.

Katanya pemeriksaa­n juga mendapati motosikal yang digunakan pasangan itu dicuri di kawasan Bukit Mertajam baru-baru ini dan mereka yang mempunyai tiga rekod lampau berkaitan jenayah kini direman empat hari bagi membantu siasatan.

Dalam perkembang­an lain, Nik Ros Azhan berkata seorang lelaki tergamak memecah masuk sebuah rumah milik seorang pesara tentera ketika warga emas itu keluar untuk solat Jumaat di Mukim 20 Kubang Semang, di sini pada Jumaat.

Katanya dalam kejadian kira-kira pukul 1.20 petang itu, lelaki yang berusia 50 tahun bertindak mengumpil pintu belakang rumah selepas mangsa keluar dari rumah 20 minit sebelum itu.

“Mangsa yang pulang dari masjid kira-kira pukul 2.40 petang menyedari rumahnya berselerak dan beberapa barangan antaranya dua unit telefon bimbit dan wang tunai RM200 miliknya hilang,” katanya.- Bernama

 ??  ?? RAMPAS...Ketua Polis Daerah Kulai Suprintend­an Dzulkhairi Mukhtar (kanan) menunjukka­n barangan yang dirampas dari seorang lelaki berumur 48 tahun ketika membuat serbuan di kawasan Kulai Besar pada 8 Julai lalu. Lelaki tersebut ditahan kerana mencuri barangan berharga ketika melakukan aktiviti memecah kenderaan di kawasan Inderapura pada 7 Julai lalu yang menyebabka­n kerugian sebanyak RM6,500 ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai, pada Ahad. -Gambar Bernama
RAMPAS...Ketua Polis Daerah Kulai Suprintend­an Dzulkhairi Mukhtar (kanan) menunjukka­n barangan yang dirampas dari seorang lelaki berumur 48 tahun ketika membuat serbuan di kawasan Kulai Besar pada 8 Julai lalu. Lelaki tersebut ditahan kerana mencuri barangan berharga ketika melakukan aktiviti memecah kenderaan di kawasan Inderapura pada 7 Julai lalu yang menyebabka­n kerugian sebanyak RM6,500 ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai, pada Ahad. -Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia