Utusan Borneo (Sabah)

Bomba setiap negeri diarah tingkat pemantauan pembakaran terbuka

-

MARANG: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di setiap negeri diarah meningkatk­an pemantauan terhadap aktiviti pembakaran terbuka bagi mengelak kes kebakaran hutan pada musim kemarau sekarang.

Ketua Pengarahny­a, Mohammad Hamdan Wahid berkata negerinege­ri di Pantai Barat dan Sarawak khususnya, sedang mengalami musim kemarau agak panjang dengan suhu harian yang tinggi hingga membawa risiko berlaku kebakaran hutan seperti di Sarawak baru-baru ini.

“Sebab itu kita mempunyai perancanga­n khusus setiap tahun kerana apabila masuk musim kemarau akan berlaku dua krisis iaitu ‘water crisis’ dan satu lagi pembakaran terbuka yang sebabkan jerebu.

“Di Sarawak, banyak hutan simpan dan juga ladanglada­ng besar seperti ladang kelapa sawit yang mungkin terlibat dalam pembakaran terbuka dan kita minta supaya mereka sentiasa berjagajag­a,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Tamat Latihan Kursus Sijil Sains Kebombaan Siri 1/2018 di Akademi Bomba dan Wilayah Malaysia Timur di sini pada Ahad.

Seramai 201 pelatih termasuk seorang pelatih wanita orang asli menerima sijil itu selepas menjalani latihan selama empat bulan setengah.

Mengenai siasatan kebakaran loji Kemaman Bitumen Company (KBC) pada 5 Julai, beliau berkata siasatan mungkin mengambil masa agak lama kerana banyak bahan bukti telah musnah dalam kebakaran itu.

Menurut beliau, pasukan forensic JBPM masih menganalis­is punca kebakaran itu sebelum laporan penuh dapat dikemukaka­n kepada pihak yang berkenaan termasuk syarikat insurans dan sebagainya.

“Sekiranya ada unsur kecuaian kita akan melihat dari aspek undang-undang. Dalam JBPM ada Akta 341 Akta Perkhimata­n Bomba 1988 dan juga akta serta piawaian lain yang berkaitan.

“Jika ada pelanggara­n tersebut kita boleh ambil tindakan mengikut lunas undang-undang dan tindakan yang diambil tidak mengira mana-mana pihak,” katanya.— Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia