Utusan Borneo (Sabah)

Banjir kilat di Vietnam, angka kematian cecah 19

-

HANOI: Banjir kilat di Vietnam sekarang telah meragut sekurang kurangnya 19 nyawa, menurut pihak kerajaan semalam, ketika penduduk di kawasan yang terjejas menyelamat­kan diri ke kawasan lebih tinggi.

Dengan pantai yang panjang, negara tropika Vietnam dilanda banjir dan ribut setiap tahun, dengan ratusan nyawa hilang akibat serangan monsun tahunan.

Saki baki Taufan Son Tinh, yang sekarang menjadi ribut tropika, melanda pada malam Rabu, ribut tropika ketiga yang melanda Vietnam sejak awal tahun.

Laporan terbaharu dari pejabat bencana negara menyatakan 19 terkorban setakat ii, dengan tambahan 13 hilang.

Banjir dan tanah runtuh akibat hujan lebat menjejaska­n kawasan bandar dan luar bandar, termasuk bandar utama Hanoi.

Ia dijangka berterusan dalam masa beberapa hari akan datang.

Laman berita VNExpress yang dikawal negara melaporkan kelmarin bahawa penduduk di daerah Chuong My di luar bandar Hanoi diminta meninggalk­an kediaman mereka dan pergi ke kawasan lebih tinggi ekoran kebimbanga­n berlakunya banjir teruk.

“Berdasarka­n pengalaman pada tahun lepas, kami tidak mempunyai masa untuk menyelamat­kan diri,” seorang penduduk tempatan telah dipetik sebagai berkata.

Gambar-gambar yang disiarkan menunjukka­n pemilik rumah memakai baju hujan plastik memindahka­n beberapa beg barangan dan haiwan ternakan.

“Rumah saya berada di lokasi yang amat rendah maka saya perlu memindahka­n semua beras ke kawasan lebih tinggi,” penduduk Nguyen Duy Dong memberitah­u VNExpress.

“Sejak tengah hari, kami memindahka­n lebih satu tan beras.”

Jumlah kerosakan turut meningkat, dengan lebih 15,000 rumah yang musnah atau rosak serta lebih 110,000 hektar tanaman ditenggela­mi air.

Musim hujan di Vietnam, seperti negara lain di wilayah, adalah di antara bulan Jun dan November, namun angka kematian akibat cuaca ribut selalunya turut melibatkan negara jirannya.

Pada tahun lepas, 389 nyawa diragut bencana alam, dengan kerosakan harta benda dilaporkan mencecah AS$2.6 bilion, menurut pihak kerajaan. — AFP

 ??  ?? SEORANG penduduk melihat motosikaln­ya yang rosak akibat banjir kilat di wilayah Yen Bai, kelmarin. — Gambar AFP
SEORANG penduduk melihat motosikaln­ya yang rosak akibat banjir kilat di wilayah Yen Bai, kelmarin. — Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia