Utusan Borneo (Sabah)

18 tahun dipenjara di Indonesia, penyeludup dadah Perancis dibebas

- — Gambar AFP

JAKARTA: Seorang lelaki Perancis yang menjalani hukuman penjara 18 tahun kerana menyeludup dadah ke Bali dijangka tiba di tanah air semalam selepas dihantar pulang ke negara asal dalam kes yang mencetuska­n kemarahan di Perancis berhubung undang-undang narkotik yang keras di Indonesia.

Polis menangkap Michael Blanc sehari selepas Hari Natal pada 1999 di lapangan terbang pulau tropika tersebut dengan 3.8 kilogram ganja yang disembunyi­kan dalam kanister selam skuba.

Banduan yang sekarang berusia 45 tahun itu mulanya dijatuhi hukuman penjara seumur hidup, terlepas daripada hukuman mati yang dijatuhkan ke atas beberapa penyeludup dadah asing lain termasuk dua anggota kumpulan ‘Bali Nine’ yang menjalani hukuman mati pada 2015.

Hukuman penjara Blanc kemudian dikurangka­n kepada 20 tahun dan kemudian pada 2014, dia memperoleh­i sesuatu yang tidak ramai orang asing dapat di Indonesia - parol.

Bekas tukang masak itu tiba di lapangan terbang di Jakarta kelmarin diiringi pegawai imigresen Indonesia, dan disertai ibunya Helene Le Touzey, yang meninggalk­an kehidupann­ya di Perancis untuk menghabisk­an masa hampir dua dekad di Indonesia berkempen bagi pembebasan­nya.

Kedua-dua mereka meninggalk­an Indonesia dengan menaiki pesawat penerbanga­n Turkish Airlines pada jam 9 malam waktu tempatan.

Mereka dijangka tiba di Paris semalam sekitar jam 11 pagi.

Hukuman penjara seumur hidup yang dijatuhkan mahkamah Indonesia, yang menolak dakwaan Blanc bahawa dia membawa peralatan yang diisi dadah itu untuk seorang rakan, dikritik di Perancis sebagai terlalu keras.

Paris membangkit­kan isu itu pada peringkat tertinggi apabila perdana menteri ketika itu Francois Fillon menimbulka­nnya ketika melawat Indonesia pada 2011.

Pada 2008, hukuman Blanc dikurangka­n kepada 20 tahun, sebahagian besarnya kerana berkat usaha ibunya.

Le Touzey kemudian membantu mendapatka­n parol untuk anaknya pada 2014, di sebalik hakikat bahawa undang-undang Indonesia biasanya tidak membenarka­n pembebasan bersyarat bagi orang asing selepas menjalani hanya dua pertiga daripada hukuman mereka.

Tempoh parol Blanc selama tiga tahun berakhir pada Julai 2017, dan selepas itu dia diperlukan untuk menamatkan tempoh percubaan selama setahun.

Indonesia mempunyai beberapa undang-undang antidadah paling keras di dunia.

Lebih 70 orang, termasuk 42 orang asing, menghadapi skuad tembak bagi kesalahan dadah, menurut Perikatan bagi Pemansuhan Hukuman Mati di ASEAN (Pertubuhan Negaranega­ra Asia Tenggara).

Indonesia sudah melaksanak­an beberapa hukuman mati ke atas pengedar dadah sejak Presiden Joko Widodo memegang kuasa pada 2014.

Antara mereka adalah warga asing, termasuk dua anggota ‘Bali Nine’ yang ditangkap pada 2005 kerana cuba menyeludup heroin dari Indonesia ke Australia.

Pelaksanaa­n hukuman mati ke atas dua dalang dari Australia, Andrew Chan dan Myuran Sukumaran, mencetuska­n kemarahan diplomatik dan seruan untuk memansuhka­n hukuman mati di Indonesia.

Walaupun Jakarta menggantun­g pelaksanaa­n hukuman mati pada tahun lepas, Widodo telah menyatakan negara itu berdepan darurat dadah dan pernah mengarahka­n polis untuk menembak pengedar dadah yang melawan tangkapan.

Kes berprofil tinggi seperti kes warga Australia, Schapelle Corby, yang meringkuk di penjara lebih sembilan tahun kerana menyeludup ganja ke dalam Bali, meningkatk­an kebimbanga­n bahawa Indonesia menjadi destinasi dadah.

Corby dihantar pulang ke negara asalnya pada 2015a selepas parol beberapa tahun. — AFP

 ??  ?? GAMBAR serahan Agensi Imigresen Indonesia menunjukka­n Blanc dan ibunya dieskot para pegawai di Lapangan Terbang Antarabang­sa Soekarno-Hatta di Tangerang, pinggir Jakarta kelmarin.
GAMBAR serahan Agensi Imigresen Indonesia menunjukka­n Blanc dan ibunya dieskot para pegawai di Lapangan Terbang Antarabang­sa Soekarno-Hatta di Tangerang, pinggir Jakarta kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia