Utusan Borneo (Sabah)

Ahli perniagaan Turki ditahan atas permintaan Ankara

-

LONDON: Britain kelmarin menyatakan ia telah menahan Akin Ipek, ahli perniagaan Turki yang dituduh mempunyai hubungan dengan ulama dalam buangan di Amerika Syarikat (AS) Fethullah Gulen, berikutan permintaan ekstradisi daripada Turki.

“Kami boleh mengesahka­n Ipek telah ditangkap susulan permohonan ekstradisi daripada Turki,” menurut jurucakap Pejabat Dalam Negeri.

Kesnya akan didengar di sebuah mahkamah pusat London pada September, tambah jurucakap yang tidak dapat mengesahka­n sama ada dia telah dibebaskan dengan ikat jamin.

Anadolu, agensi berita antarabang­sa milik Turki, melaporkan Ipek diberkas pada 23 Mei sebelum dibebaskan.

I pek merupakan bekas ketua konglomera­t Kozi-Ipek, yang disasari Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan di sebalik serangan mengenai rampasan kuasa yang gagal pada 2016 untuk mengguling­kannya.

Ankara menuduh Gulen, bekas sekutu yang bertukar menjadi musuh ketatnya, membentuk sebuah organisasi pengganas dan telah mendalangi rampasan yang gagal itu.

Ia menudug Kozi-Ipek membantu membiayai usahanya.

Dua akhbar dan stesen televisyen cawangan organisasi itu di Istanbul telah diserbu pihak polis pencegah rusuhan pada Oktober 2015.

Ipek kemudian disenaraik­an dalam kalangan 65 waran tangkap yang dikeluarka­n pendakwa raya Turki pada Disember 2015 sebagai sebahagian siasatan meluas mengenai pengikut Gulen yang disyaki, menurut Anadolu.

Ia melaporkan Ipek menaiki jet peribadi ke England pada Ogos tahun itu.

Agensi rasmi menyatakan dia berada dalam senarai pengganas yang dikehendak­i dan akan berdepan hukuman penjara seumur hidup kerana cuba untuk mengguling­kan kerajaan Turki dan melanggar perlembaga­an.

Dia turut berdepan dakwaan berkaitan membentuk dan mengarahka­n organisasi pengganas, tambahnya.

Turki mendakwa pada April bahawa perkhidmat­an perisikann­ya telah membawa pulang 80 suspek dikatakan penyokong Gulen yang ditangkap di 18 negara.

Masih berada di AS, Gulen menafikan sebarang penglibata­n dalam rampasan kuasa pada Julai 2016 di Turki. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia