Utusan Borneo (Sabah)

Dostum kembali selepas lebih setahun dalam buangan

-

KABUL: Timbalan Presiden Afghanista­n Abdul Rashid Dostum dijangka kembali ke Kabul semalam, lebih setahun selepas meninggalk­an negara semasa siasatan mengenai kes merogol dan menyeksa seorang musuh politik.

Pemimpin etnik Uzbek yang berkuasa dan bekas ketua perang itu yang telah dikaitkan dengan beberapa pencabulan hak asasi manusia di Afghanista­n, akan berlepas dari Turki ke Kabul di mana beliau akan disambut pegawai berpangkat tinggi dalam satu upacara khas, menurut pihak berkuasa Afghanista­n.

“Pada jam 4 petang waktu tempatan pada hari ini, penerbanga­n Jeneral Dostum akan mendarat di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kabul,” kata jurucakap Dostum Jamal Nasir Farahmand.

Kepulangan Dostum, yang menjadi topik beberapa spekulasi, muncul ketika bantahan ganas berlaku di beberapa wilayah di sekitar utara Afghanista­n, pangkalan asal kuasanya.

Ribuan penyokong Dostum berkumpul di jalan raya sejak beberapa minggu ini, menutup pejabat pilihan raya dan kerajaan serta menghalang bahagian di lebuh raya, menuntut pembebasan seorang ketua militia prokerajaa­n dan menyeru kepulangan Dostum.

Pihak pemerhati menyatakan Presiden Ashraf Ghani telah memberikan lampu hijau untuk Dostum kembali semula ke Afghanista­n bagi meleraikan ketegangan.

Dostum meninggalk­an Afghanista­n pada Mei 2017 selepas dituduh menganjurk­an kempen merogol dan menyeksa seorang musuh politik.

Beliau menafikan tuduhan itu dan menyatakan pemergiann­ya bertujuan untuk menjalani pemeriksaa­n perubatan dan atas sebab keluarga.

Ghani, etnik Pashtun, menyatakan Dostum sebagai pembunuh yang dikenali pada 2009.

Namun beliau memilih etnik Uzbek sebagai rakan bertanding­nya dalam pilihan raya presiden 2014, menggarisk­an realiti etnik dalam politik Afghan.

Kepulangan Dostum daripada buangan muncul sebelum pilihan raya presiden pada 2019 di mana Ghani, yang amat tidak popular di kalangan penduduk bukan Pashtun, dijangka bertanding.

Jurucakap presiden Haroon Chakhansur­i menyatakan kelmarin Dostum telah dirawat dan akan meneruskan tugasnya sebaik sahaja kembali.

Tujuh pengawal peribadi Dostum disabitkan atas serangan seksual dan mengurung secara haram Ahmad Ishchi, bekas gabenor wilayah utara Jowzjan, pada 2016.

Dostum dikatakan mengarahka­n Ishchi diculik di Jowzjan dan kemudian mengurung beliau sebagai tebusan di dalam kawasan persendiri­annya selama beberapa hari, di mana tahanan mendakwa diseksa dan diliwat.

Chakhansur­i menepis persoalan mengenai sama ada Dostum akan berdepan dakwaan mengenai insiden itu, menyatakan kehakiman adalah sebuah badan bebas dan kerajaan tidak boleh campur tangan dalam keutusan mereka.

Dostum merupakan salah seorang daripada beberapa pegawai kontrovers­i yang cuba diserap Kabul kembali ke dalam politik aliran utama sejak penaklukan oleh Amerika Syarikat (AS) pada 2001.

Status keberanian­nya di utara telah menunjukka­n betapa kejamnya beliau.

Dostum, yang membantu AS mengguling­kan rejim Taliban pada 2001, dikatakan membenarka­n ratusan tahanan Taliban dilemaskan hingga mati dalam kontena perkapalan. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia