Utusan Borneo (Sabah)

Kapal Sepanyol pulang bawa mayat dan pendatang

-

PALMA: Dua kapal milik badan bukan kerajaan (NGO) dari Sepanyol yang terbabit dalam usaha menyelamat­kan pendatang di Laut Mediterran­ean tiba di pelabuhan Palma, Sepanyol kelmarin dengan membawa seorang wanita yang dijumpai hanyut dalam bot getah yang kempis di perairan Libya serta mayat seorang kanak-kanak lelaki dan seorang wanita.

Kedua-dua kapal milik Proactiva Open Arms diiringi ke pelabuhan ibu kota pulau Balearic Majorca, oleh kapal polis Sepanyol pada jam 7.15 pagi.

Wanita yang diselamatk­an itu bernama Josepha, 40, dari Cameroon.

Proactiva berkata, ia membawa Josepha ke Sepanyol, di mana Persatuan Palang Merah Sepanyol akan menerimany­a, untuk melindungi­nya dan membolehka­nnya untuk memberikan keterangan secara bebas.

Itali sebelum itu menawarkan untuk menerima wanita itu tetapi enggan menerima kedua-dua mayat tersebut, memberitah­u Sepanyol bahawa pasukan pengawal pantai Libya bertanggun­gjawab ke atas operasi menyelamat.

Proactiva menuduh pengawal pantai Libya menyelamat­kan pendatang lain di atas bot getah berkenaan tetapi meninggalk­an dua wanita dan budak terbabit, yang menurut mereka enggan menaiki kapal penyelamat itu dan kembali ke Libya.

NGO itu mendakwa disebabkan itu, pengawal pantai meninggalk­an mereka dan memancitka­n bot getah tersebut.

Penyelamat memancit bot pendatang untuk menghalang­nya daripada diguna semula, malah bot ini telah dikelar dengan pisau.

Pengarah Proactive Open Arms Oscar Camps yang menyatakan Josepha masih dalam keadaan terkejut, berkata dia dan NGO itu terkejut dengan kesukaran logistik yang dihadapi penyelamat.

“Kami marah dan sekali lagi mengecam dasar yang sedang diikuti di bahagian tengah Mediterran­ean, bukan hanya oleh satu kerajaan malah beberapa kerajaan.

“Kesukaran yang kami hadapi untuk menyelamat­kan satu nyawa amat menakjubka­n,” kata Camps di satu sidang akhbar.

Organisasi­nya menuduh kapten Triades, kapal yang didaftarka­n di Panama yang menjumpai pendatang di laut sebelum memaklumka­n pasukan pengawal pantai Libya, gagal membantu mereka.

Camps menambah, mereka juga mahu tindakan undang-undang diambil terhadap kapten bot peronda pengawal pantai Libya dan pasukan pengawal pantai Itali yang pasti ada sesuatu untuk disebut mengenai kejadian yang berlaku 80 hingga 90 batu dari pantai mereka.

Pasukan pengawal pantai Libya sebelum ini menafikan tuduhan Proactiva dan berkata mereka menyelamat­kan 165 pendatang dari sebuah bot dalam kawasan sama pada malam Selasa lepas, tanpa meninggalk­an sesiapa di atas bot tersebut.

Mereka juga menyalahka­n kekurangan sumber, khususnya untuk operasi malam.

Sementara itu, Erasmo Palazzotto, penggubal undang-undang daripada parti pembangkan­g berhaluan kiri, Parti Bebas dan Sama Rata, mempersala­h kerajaan Itali.

“Kerajaan Itali, dengan keterlibat­an Eropah yang senyap, membiayai militia, penyeludup dan kumpulan jenayah yang telah membentuk apa yang mereka panggil ‘pasukan pengawal pantai Libya’.

“Hari ini, tidak ada pihak berkuasa yang mengawal apa-apa pun di Libya,” kata Palazzotto.

Di sidang akhbar Pro a c t i v a, bintang NBA Marc Gasol, yang menyertai operasi menyelamat, turut menggesa tindakan yang lebih baik.

“Semua orang menggesa tindakan untuk tahu apa yang telah berlaku,” kata Gasol.

Namun Rom menolak tuduhan itu.

“Saya minta maaf tetapi Open Arms menyasari pihak yang salah,” kata Menteri Pengangkut­an Danilo Toninelli, yang bertanggun­gjawab ke atas pasukan pengawal pantai Itali.

“Di Laut Mediterran­ean, Itali adalah contoh kemanusiaa­n dan kecekapan khidmat menyelamat.

“Kami tidak berminat dengan polemik.

“Kami berminat untuk bekerjasam­a bagi mengelak kematian di laut,” kata menteri itu.

Pada pertengaha­n Mac lalu, bot milik Open Arms dirampas dan ditahan selama sebulan di Sicily atas tuduhan membantu imigresen haram.

Kelmarin kapten salah sebuah bot berkenaan Marc Reig berkata, kapalnya akan belayar lagi ke Libya, mungkin seawal Ahad, untuk menyambung operasi menyelamat. — AFP

 ??  ?? JOSEPHA diusung memasuki ambulans sebaik tiba di atas kapal Proactiva di Palma de Majorca, kelmarin. — Gambar AFP
JOSEPHA diusung memasuki ambulans sebaik tiba di atas kapal Proactiva di Palma de Majorca, kelmarin. — Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia