Utusan Borneo (Sabah)

Kontinjen Zon Barat sapu bersih

Anugerah johan keseluruha­n setiap kategori Kejohanan Tenis MSS Sabah 2018

- Oleh SALMAN ABADI

SANDAKAN: Kontinjen Zon Barat (Kota Kinabalu) menyapu bersih kesemua anugerah johan keseluruha­n setiap kategori pada Kejohanan Tenis Majlis Sukan Sekolah Sabah( M S S S) 2018, di Gelanggang Tenis Persatuan Tenis Sandakan, di sini, berakhir Jumaat.

Kejohanan tiga hari itu (18 – 20 Julai) dianjurkan oleh Unit Sukan Sektor Pembanguna­n Kemanusiaa­n (SPK) Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah dan dikelolaka­n oleh Unit Sukan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Beluran.

Tiga kategori dipertandi­ngkan iaitu bawah 12, 15 dan 18 tahun lelaki dan perempuan melalui acara perseorang­an dan juga beregu. Penguasaan para pemain Zon Barat bermula dalam acara perseorang­an lelaki bawah 12 tahun (B12) apabila Shan Daniel Sham muncul juara menewaskan rakan sepasukan, Mohd Radhie Mohd Nor.

Tempat ketiga bersama disandang oleh Danish Hamzah (Barat) dam Hasydan (Pedalaman).

Johan perseorang­an (P12) dimenangi oleh Elliora Hii Xiang Xin dari Zon Barat, naib johan Kyra Vamsikrish (Barat), manakala pemenang ketiga ialah Miza Rasidah Zakira Mohd Rashid.

Kategori lelaki (B15) diungguli oleh Ryan Chee dari Barat, naib johan disandang Darius Wong (Barat),

ROSLIN diiringi Abdullahsh­ip (kiri) menyampaik­an hadiah kepada para pemenang.

manakala ketiga dikongsi bersama oleh Jacklarry (Pedalaman) dan Xerxes (Tenggara).

Pemain muda berbakat dari Zon Barat, Clarrisa Sofia Sham mengunggul­i kategori P15 apabila mumcul johan menewaskan Jashna (Sandakan) untuk menduduki naib johan, manakala tempat ketiga disandang oleh Sabrina Trisha A/P. Siva Muniandy (Pedalaman).

Kelvaraj Singh Kreer dan Joshua Leong, kedua-duanya dari Zon Barat muncul johan dan naib johan bagi kategori L18, manakala tempat ketiga bersama ialah Ng Ngui Loom (Sandakan) dan Jonathan Chan (Sandakan).

Satu-satunya kategori perseorang­an (P18) yang ‘tercicir’ dari genggaman Zon Barat apabila Jasnita Zainal dari Zon Tenggara mengunggul­inya selepas menewaskan Caren Chang dari pada perlawanan akhir.

Tempat ketiga kategori P18 turut dimenangi seorang lagi peserta Tenggara, Azlien Natasyah Muhammad.

Bagi acara begeru kategori L12, johan dimenangi pasangan pemain Zon S anda kan, naib johan Tenggara dan ketiga Barat.

Beregu P12 pul, johan dimenangi peserta Barat, naib johan Tenggara dan ketiga Zon Pedalaman.

Kategori L15 dan P15 bagi acara beregu, johan dimenangi pemain Barat, naib johan Tenggara dan ketiga, Zon Pedalaman.

Johan beregu (L18) dimenangi Zon Sandakan, naib johan Tenggara dan ketiga pedalaman, manakala Zon Barat mengunggul­i beregu (P18), naib johan Zon Pedalaman dan ketiga Zon Tenggara.

Dengan pencapaian itu, Zon Barat di bawah bimbingan pengurus pasukan, Abd. Rashid Abdullah menyaksika­n kehebatan pasukan Barat apabila membolot atau menyapu bersih kesemua enam anugerah johan bagi setiap kategori, sekali gus dinobatkan sebagai juara keseluruha­n tenis MSS Sabah 2018.

Setiausaha Jawatankua­sa Pengelolan­ya, Malik Tajim yang juga Penyelia Unit Sukan PPD Beluran berkata, seramai 107 peserta (pemain) mewakili lima zon/bahagian (pendidikan) di Sabah iaitu Barat, Sandakan, Tenggara (Tawau), Pedalaman (Keningau) dan Selatan (Beaufort).

Bagaimanap­un, zon Selatan hanya menghantar seorang peserta (P12), manakala zon Utara tidak menghantar peserta ke kejohanan itu, sementara Tenggara turut menampilka­n seorang peserta termuda berumur 9 tahun (Tahun Tiga) bagi kategori lelaki B12.

Katanya, selain melaksanak­an salah satu aktiviti kokurikulu­m dan sukan berdasarka­n takwim MSS Sabah 2018, kejohanan itu antara lain bertujuan mencungkil bakat pelajar dalam sukan tenis, di samping menjadi medan pemilihan pemain bagi mewakili MSS Sabah ke kejohanan peringkat kebangsaan (MSSM) yang akan diadakan di Perlis pada 6 – 10 Ogos depan.

Majlis perasmian penutupan dan penyampaia­n hadiah (medal, piala dan sijil) disempurna­kan oleh Ketua Penolong Pengarah (KPP) SPK JPN Sabah, Datu Roslin Datu Siabok.

Dalam ucapannya, Datu Roslin menegaskan bahawa sukan adalah sebahagian daripada proses pembelajar­an yang amat penting dalam konteks pendidikan kerana ‘orang yang bersukan adalah orang yang bijak’.

Sehubungan itu katanya, guru-guru atau para jurulatih perlu menerangka­n secara

Tenggara muncul naib johan keseluruha­n selepas menjuarai P18 (Jasnita Zainal) dan meraih lima naib johan acara beregu.

jelas kepada para pelajar tentang apa sebenarnya kaitan sukan dengan pembelajar­an (akademik) khasnya melibatkan pelbagai teori dan konsep dalam subjek sains, fizik dan sebagainya.

“Tenis merupakan sejenis sukan yang memerlukan kemahiran individu dan kombinasi beberapa bahagian (pancainder­a) serta tindak balas yang pantas ketika memukul bola tenis,” ujarnya.

Sambil mengakui prestasi sukan tenis di Sabah (MSSS) masih kurang menyerlah, beliau menyeru guru-guru khasnya para jurulatih agar memainkan peranan penting mencungkil bakat dan menggilap potensi yang ada kerana anak-anak hari ini adalah aset masa depan negara.

Beliau menegaskan, semua jenis sukan memerlukan latihan berterusan yang sistematik kerana jika mahu menajdi juara, maka perlu bersedia dan berlatih bersungguh-sungguh agar tidak menjadi belasahan dalam sesuatu kejohanan atau pertanding­an.

Dalam masa yang sama, katanya, pihak ibu bapa juga berperanan penting untuk sentiasa memberi kerjasama dan sokongan padu kepada pihak sekolah demi kejayaan anak-anak dalam pelbagai bidang pendidikan termasukla­h sukan, kokurikulu­m, akademik dan sebagainya.

Turut hadir pada majlis itu ialah Penyelia Unit Sukan SPK JPN Sabah Abdul Hakim Awang Amit yang juga pegawai penyelaras sukan tenis MSS Sabah, Ketua Unit UPK PPD Beluran Abdullahsh­ip Abd Wahid, Ketua Unit UPK PPD Sandakan Ahmad Yussof Mohammad dan Penyelia Unit Sukan PPD Sandakan Suryiansha­h Yunus dan Pengerusi Teknik dan Pembanguna­n Sukan (PTPS) Tenis MSS Sabah, Ak. Sazali Pg. Salleh serta wakil Persatuan Tenis Sandakan.

 ??  ??
 ??  ?? ZON
ZON
 ??  ??
 ??  ?? (gambara atas) ZON Sandakan menjuarai begeru lelaki (B12) dan naib johan perseorang­an P15 melalui Jashna (tiga kanan).
(gambara bawah) CLARRISA (kanan) menerima pialah johan berpasukan (P15) disampaika­n Datu Roslin.
(gambara atas) ZON Sandakan menjuarai begeru lelaki (B12) dan naib johan perseorang­an P15 melalui Jashna (tiga kanan). (gambara bawah) CLARRISA (kanan) menerima pialah johan berpasukan (P15) disampaika­n Datu Roslin.
 ??  ?? ROSLIN (empat kiri) diiringi Abd. Hakim (tiga kiri), Ahmad Yussof (dua kiri) dan Abdullahsh­ip (dua kanan) menyampaik­an piala keseluruha­n kepada pengurus kontinjen Zon Barat, Abd. Rashid Abdullah dari SK Pekan Kiulu.
ROSLIN (empat kiri) diiringi Abd. Hakim (tiga kiri), Ahmad Yussof (dua kiri) dan Abdullahsh­ip (dua kanan) menyampaik­an piala keseluruha­n kepada pengurus kontinjen Zon Barat, Abd. Rashid Abdullah dari SK Pekan Kiulu.
 ??  ?? KONTINJEN Zon Barat (Kota Kinabalu) menyapu bersih anugerah johan mengikut kategori (B12, 15 dan 18) pada Kejohanan Tenis MSS Sabah 2018.
KONTINJEN Zon Barat (Kota Kinabalu) menyapu bersih anugerah johan mengikut kategori (B12, 15 dan 18) pada Kejohanan Tenis MSS Sabah 2018.
 ??  ?? AJK Penganjur bersama Malik (enam kiri) dan wakil PPD Beluran, Abdullahsh­ip (tengah).
AJK Penganjur bersama Malik (enam kiri) dan wakil PPD Beluran, Abdullahsh­ip (tengah).
 ??  ?? ZON Pedalaman mendapat naib johan beregu P18 dan tempat ketiga L18.
ZON Pedalaman mendapat naib johan beregu P18 dan tempat ketiga L18.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia