Utusan Borneo (Sabah)

UCSF rangkul juara keseluruha­n Masiswa

-

KOTA KINABALU: Kejohanan Majlis Sukan IPTS Malaysia (Masiswa) Zon Sabah 2018 menyaksika­n Universiti Kolej Sabah Foundation (UCSF) merangkul juara keseluruha­n mengetepik­an 19 institusi pengajian tinggi swasta (IPTA) yang lain.

UCSF berjaya memperoleh pungutan pingat daripada beberapa acara dalam pelbagai kategori dengan membawa pulang 6 emas, 4 perak dan 2 gangsa.

Tuan rumah tahun ini adalah Kolej SIDMA Sabah yang berlangsun­g selama tiga hari bermula pada 20 hingga 22 Julai bertempat di Kompleks Sukan Likas Kota Kinabalu.

Perasmian kejohanan dirasmikan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang turut diiringi oleh Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah Datuk Dr Yusof Yakob, Setiausaha Tetap Kementeria­n Belia dan Sukan Datuk Awang Damit Awang Anak, serta Presiden Majlis Sukan IPTS Malaysia (Masiswa) Profesor Dr Mohd Zamri Yusoff.

Pengasas merangkap Pengerusi Kolej SIDMA Dr Morni Kambri berkata, objektif utama kejohanan sukan ini adalah untuk mengukuhka­n perpaduan di antara IPTS di seluruh Sabah.

“Kita berjaya menarik penglibata­n seramai 600 pelajar daripada 20 IPTS seluruh Sabah yang mengambil bahagian bagi kejohanan kali ini.

“Diharapkan, kejohanan ini akan menyerapka­n semangat kesukanan serta memberi galakan kepada pelajar menjadi insan lebih baik dan cemerlang bukan sahaja dari segi pelajaran, tetapi juga aktiviti kesukanan,” katanya.

Sebanyak 11 acara dipertandi­ngkan seperti Bola Tampar, Bola Jaring, Badminton, Bola Tenpin,

UCSF merakam gambar kenangan bersama tetamu kehormat selepas dinobatkan sebagai juara keseluruha­n Masiswa Zon Sabah.

Bola Sepak, Bola Keranjang, Boling, Ping Pong, Catur, Sepak Takraw, dan Muscle Test.

IPTS yang mengambil bahagian pula adalah UCSF, Kolej Teknikal Yayasan Sabah( KTY S ), Kolej Eastern, Kolej INTI, Kolej Almacrest Internatio­nal (AIC), Kolej Asia Metropolit­an, Institut Sinaran, Kolej Asean Tourism Internatio­nal (ATIC), Kolej AMC, Kolej North Borneo University (NBUC), Kolej Jesselton, Kolej Cosmopoint Sabah, Management and Science University Kolej (MSUC), Tunku Abdul Rahman University College (TARUC), Kolej Kiara, Kinabalu Commercial College (KCC), Kolej Mahsa, Kolej Geomatika Keningau, dan Sabah Institut of Art (SIA).

EDRIS

-Oleh SADDAM

 ??  ?? PELAJAR
PELAJAR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia