Utusan Borneo (Sabah)

United tawar 65 juta pound untuk khidmat Maguire

-

LONDON, England: Pengurus Manchester United, Jose Mourinho, mengekalka­n minat untuk mendapatka­n pemain pertahanan Leicester City dan skuad antarabang­sa England, Harry Maguire di mana beliau mungkin akan menawarkan perpindaha­n bernilai 65 juta pound.

Mourinho mahu menambah pemain pertahanan tengah ke dalam skuadnya pada musim panas ini tetapi beliau perlu menjual pemain terlebih dahulu dengan Marcos Rojo, Eric Bailly dan Chris Smalling mungkin dalam senarai jualan.

Leicester akan cuba menaikkan gaji Maguire sehingga 75,000 pound seminggu dalam usaha untuk mengikat beliau untuk satu musim lagi tetapi kelab itu menyedari Maguire mungkin akan berpindah.

Pengurus Leicester, Claude Puel, bagaimanap­un, dikatakan sudah mempunyai bakal pengganti jika Maguire meninggalk­an kelab dengan pemain pertahanan Barcelona, Yerry Mina dan Gary Cahill dari Chelsea menjadi sebutan.

Maguire dibeli dari Hull City dengan nilai 17 juta pound tahun lepas tetapi nilai beliau melonjak mendadak selepas prestasi cemerlang bersama England di Piala Dunia 2018.

Jurulatih England, Gareth Southgate diketahui menurunkan Maguire kerana ketahanan mental beliau, jadi beliau sudah pasti pemain yang penting untuk pasukan dengan tekanan tinggi di United.

Maguire boleh menggantik­an Phil Jones atau Smalling dalam skuad Mourinho, seperti yang dilakukan dalam skuad England.

Satu halangan utama ketika ini ialah pasaran perpindaha­n akan ditutup awal pada 9 Ogos, tarikh di mana pemain England yang diberikan cuti tambahan, kembali melaporkan diri ke kelab masing-masing. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia