Utusan Borneo (Sabah)

Piala Belia: Sabah sahkan tempat ke suku akhir

- Oleh VITALIS G BINGKASAN

KOTA KINABALU: Skuad bawah 19 tahun Sabah mengesahka­n tempat ke suku akhir Piala Belia selepas seri 1-1 dengan PKNS FC pada saingan Kumpulan A di Stadium Penampang pada Ahad.

Skuad bimbingan Mohd Aiyyman Shah Johnny Abdullah itu mendahului 1-0 hasil jaringan dari percubaan dalam. Kotak penalti, Syann Elven Steven pada minit ke-59.

PKNS bagaimanap­un menyamakan kedudukan hasil tandukan Muhammad Asraf Alifuddin pada minit ke-74.

Sabah mencipta beberapa lagi peluang tetapi gagal diterjemah­kan kepada jaringan.

Terima kasih juga kepada penjaga gol Joslan Aping yang bertindak cemerlang menafikan beberapa peluang keemasan pasukan pelawat sekurang-kurangnya tiga dalam keadaan satu lawan satu.

Satu mata dari keputusan seri itu memberikan mata ke29 buat Sabah untuk kekal di tangga kedua dan memberikan tiket awal ke suku akhir dengan jadual saingan peringkat kumpulanny­a masih berbaki dua perlawanan.

Jumlah mata itu telah menjamin kedudukan Sabah dalam kelompok empat pasukan teratas yang diperuntuk­kan tempat ke suku akhir kerana kecuali PKNS, beberapa pasukan yang masih bersaing tempat ke suku akhir hanya mampu mengumpul maksima 28 mata.

Sabah akan menamatkan jadual kumpulan dengan dua perlawanan berturuttu­rut di tempat lawan iaitu menentang Terengganu FC IV (25 Julai) dan Kuala Lumpur (29 Julai).

 ??  ?? SKUAD bawah 19 tahun merakamkan reaksi gembira layak ke suku akhir Piala Belia selepas seri 1-1 dengan PKNS FC di Stadium Penampang pada Ahad. SYANN meraikan jaringanny­a yang membantu Sabah mencatat keputusan seri 1-1 dengan PKNS FC pada saingan...
SKUAD bawah 19 tahun merakamkan reaksi gembira layak ke suku akhir Piala Belia selepas seri 1-1 dengan PKNS FC di Stadium Penampang pada Ahad. SYANN meraikan jaringanny­a yang membantu Sabah mencatat keputusan seri 1-1 dengan PKNS FC pada saingan...
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia