Utusan Borneo (Sabah)

Wee Wern rangkul kejuaraan sulung

-

KUALA LUMPUR: Bekas pemain nombor lima dunia, Low Wee Wern mendapat hadiah awal paling berharga sempena hari jadinya yang ke-27 tahun (25 Julai) apabila menjuarai Kejohanan Skuasy Terbuka Malaysia menewaskan pilihan keempat, Satomi Watanabe dengan straight set pada perlawanan akhir pada Ahad.

Pemain kelahiran Pulau Pinang yang mara ke final dari pusingan kelayakan, menampilka­n aksi cemerlang di Pusat Skuasy Nasional di sini, untuk menundukka­n pemain Jepun itu 11-8, 11-7, 11-4 dalam masa hanya 30 minit.

Ketika ditemui pemberita selepas perlawanan, Wee Wern berkata dia tahu Satomi akan menjadi pencabarny­a sejak semalam dan telahpun menjangka perlawanan akhir tidak akan mudah dan dia perlu turun habis-habisan.

“...Tetapi hari ini saya sangat gembira kerana berjaya mengatasi cabaran. Saya membuat beberapa perubahan sejak tewas pada Kebangsaan Malaysia awal bulan ini dan ia ternyata berhasil untuk diri saya.

Memang selesa untuk bertarung dengan pemain yang telah biasa beraksi..kami berlatih bersama-sama di Pulau Pinang dan dia memang pemain yang cukup berbakat, beliau banyak bergerak. Tetapi saya sedikit lebih berpengala­man daripada Satomi,” katanya.

Kejayaan ini merupakan kemenangan yang kelapan dalam karier bagi Wee Wern. Kali terakhir beliau meraih kejuaraan ialah pada 2014 pada Terbuka China.

Sementara itu, dalam kategori lelaki, pemain Qatar, Abdulla Mohd Al Tamimi meraih gelaran sulung Terbuka Malaysia selepas menumpaska­n pemain Hong Kong, Tsz Fung Yip 5-11, 12-10, 11-1, 7-11, 11-5 dalam masa 52 minit.

“Ia memang sukar untuk beraksi dalam peringkat suku akhir, separuh akhir dan akhir, jadi saya telah membuatb segala persiapan dalam minda saya.

“Set pertama saya agak gementar tetapi nasib baik dalam set kedua, saya dapat mencari rentak perlawanan dan tahap yang saya harus beraksi dan yang lain kemudian berjalan dengan baik,” katanya.

Sebagai juara, Wee Wern dan Abdulla membawa pulang hadiah, masingmasi­ng USD2,346.50 (kirakira RM9,534.66) dan USD5,866.25 (kira-kira RM23,831.64). -Bernama

 ??  ?? WEE Wern (kiri) bersama pemain dari Qatar Abdulla Mohd Al Tamimi (kanan) menjulang piala selepas menjuarai perlawanan akhir Kejohanan Skuasy Terbuka Malaysia 2018 di Pusat Skuasy Majlis Sukan Negara Bukit Jalil, pada Ahad. -Gambar Bernama
WEE Wern (kiri) bersama pemain dari Qatar Abdulla Mohd Al Tamimi (kanan) menjulang piala selepas menjuarai perlawanan akhir Kejohanan Skuasy Terbuka Malaysia 2018 di Pusat Skuasy Majlis Sukan Negara Bukit Jalil, pada Ahad. -Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia