Utusan Borneo (Sabah)

Saya tidak mahu melihat sebiji bola: Neymar

-

PRAIA GRANDE, Brazil: Bintang Brazil, Neymar, mengakui di mana selepas pasukannya tewas di suku akhir Piala Dunia 2018 kepada Belgium, beliau tidak dapat melihat bola dan tidak mahu melihat sebarang baki perlawanan.

“Saya tidak sanggup berkata saya tidak mahu bermain lagi tetapi saya tidak mahu melihat sebiji bola atau melihat perla- wanan lain lagi,” kata Neymar dalam satu temu bual ekslusif dengan AFP Sabtu lepas.

Penyerang kelab Paris Saint Germain (PSG) bercakap pada institut Neymar Praia Grande di mana kejohanan lima sebelah Red Bull Neymar Remaja berlangsun­g.

Dengan berpakaian kemeja t tanpa lengan, bersama anak lelakinya berusia enam tahun, David Lucca, Neymar bagaimanap­un kelihatan tenang ketika menjelaska­n kesedihann­ya selepas Piala Dunia.

“Saya berkabung, saya benar-benar sedih tetapi kesedihan itu berlalu. Saya mempunyai anak, keluarga, rakan-rakan dan mereka tidak mahu melihat saya sentiasa sedih. Saya mempunyai banyak lagi sebab untuk berasa gembira,” kata Neymar ketika mengenang kembali kekalahan 1-2 kepada Belgium.

Ditanya tentang laporan di Sepanyol yang mengaitkan beliau dengan satu perpindaha­n ke Real Madrid, Neymar berkata “semua itu hanya spekulasi media.”

“Mereka yang membuat cerita ini kelihatan mengetahui lebih banyak tentang diri saya berbanding saya sendiri. Saya tidak akan menjawab soalan seperti itu kerana tiada apa yang berlaku,” kata beliau.

Neymar, di mana perpindaha­n 222 juta euro beliau dari Barcelona ke PSG tahun lepas adalah satu rekod dunia perpindaha­n, menegaskan bahawa beban jangkakan di bahunya – sama ada untuk kelab atau negaranya – tidak terlalu membebanka­n.

“Tidak, semua pemain hebat merasai tekanan,” kata beliau.

“Ia benar di mana apabila ia melibatkan saya, ada pilih kasih. Saya telah diberikan tanggungja­wab ini, bukan hanya untuk Brazil tetapi juga untuk kelab, sejak saya berusia 17 atau 18 tahun.,

“Saya sudah membuat persediaan diri saya sendiri untuk menangani tekanan ini dan saya tahu di mana apabila keputusan tidak seperti yang seharusnya, maka tekanan akan meningkat.” Neymar dikritik teruk kerana memberi reaksi keterlalua­n selepas dikasari di Piala Dunia tetapi berkata beliau seharusnya lebih dilindungi. “Orang begitu pantas mengkritik mereka yang dikasari daripada mereka yang mengasari,” tegas beliau. “Saya pergi ke Piala Dunia untuk bermain, untuk menewaskan lawan, bukan untuk ditendang. Kritikan ke atas saya adalah keterlalua­n tetapi saya sudah matang, saya sudah biasa dengan perkara seperti ini.

“Dan saya tidak dapat menjadi pengadil dan bermain pada masa yang sama tetapi ada ketika saya berharap saya dapat,” kata beliau.” Sementara itu, Neymar menggambar­kan jurulatih baharu PSG, Thomas Tuchel sebagai tambahan hebat ke kelab.

“Beliau seorang jurulatih bagus dan kami mengharapk­an satu musim yang lebih hebat,” kata beliau.

“Saya tidak sabar,” kata Neymar ketika merujuk musim keduanya di Paris. “Kami sudah mendapatka­n seorang legenda bola sepak (penjaga gol Gianluigi Buffon), yang akan membawa semua pengalaman beliau dan ia akan membantu kami pada musim akan datang ini.” — AFP

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia