Utusan Borneo (Sabah)

Beri kepada yang mahir

Shafie beri gambaran tidak berhasrat pegang jawatan Presiden Safa

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal memberi gambaran bahawa beliau seolah-olah tidak berhasrat untuk memegang jawatan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (Safa) sepertiman­a yang diminta oleh pelbagai pihak sebelum ini.

Beliau berkata, tawaran menerajui Safa tidak sesuai untuk dirinya memandangk­an terlalu sibuk dengan tugas mentadbir negeri.

“Persatuan Safa perlu dipimpin oleh individu yang bukan sahaja berkelayak­an, malah mempunyai masa yang cukup untuk memberi tumpuan penuh terhadap kemajuan bola sepak negeri.

“Bagi pandangan saya, elok rasanya jawatan itu diberikan kepada orang yang lebih mahir dan berkeupaya­an, selain dapat memberikan tumpuan sepenuhnya kepada Safa. Bukan hanya orang yang mempunyai pandangan (visi), tetapi masa yang cukup,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Kejohanan Sukan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) Malaysia Tahun 2018 di Dewan Kompleks Sukan Likas di sini, pada Ahad.

Mengulas lanjut Shafie berkata, beliau akan bertemu dengan pengurusan Safa untuk memberi panduan bagi memastikan industri sukan bola sepak negeri ini dapat dimajukan serta dibangunka­n oleh individu yang mempunyai komitmen serta idea baharu.

Katanya, meskipun kerajaan baharu, pihaknya tidak akan sesekali mengabaika­n reputasi industri sukan bola sepak negeri ini yang sudah menjadi pilihan semua lapisan masyarakat tidak kira peringkat usia.

Sebelum ini, Pengurus Skuad Liga Perdana Sabah yang juga Ahli Majlis Tertinggi Safa Datuk Juil Nuatim meminta Shafie mempertimb­angkan tawaran menerajui persatuan berkenaan.

Menurutnya, Shafie adalah individu yang sesuai mengetuai persatuan itu selepas bekas Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman meletak jawatan sebagai presiden ekoran peralihan kuasa.

Tugas Presiden Safa kini dipangku oleh Naibnya iaitu Datuk Yusof Kassim sehingga bandan induk bola sepak itu mengadakan kongres pemilihan jawatan presiden yang dijadualka­n pada 11 Ogos depan.

Ketika berucap merasmikan penutupan Kejohanan Masiswa yang diadakan pada 20 hingga 22 Julai, beliau menyaranka­n pelajar yang terlibat supaya sentiasa ‘adding values’ atau menambah nilai dalam diri masing-masing.

Menurutnya, dunia pekerjaan masa kini bukan hanya memerlukan graduan yang lulus daripada universiti dengan mendapat segulung Diploma atau Ijazah, tetapi memerlukan graduan yang ‘multi-skilled’ dan mempunyai kebolehan tambahan selain daripada bidang yang dipelajari.

Terdahulu, seramai 600 pelajar dari 20 IPTS seluruh Sabah menyertai Kejohanan Sukan Masiswa yang dianjurkan oleh Kolej Sidma selaku tuan rumah tahun ini.

Hadir sama pada majlis itu ialah Menteri Pelajaran dan Inovasi Negeri Sabah Datuk Dr Yusof Yaacob, Presiden Majlis Sukan IPTS Malaysia Profesor Dr Mohd Zamri Yusoff dan Pengerusi Jawatankua­sa Penganjur merangkap Pengerusi Kolej Sidma Dr Morni Kambrie.

Persatuan Safa perlu dipimpin oleh individu yang bukan sahaja berkelayak­an, malah mempunyai masa yang cukup untuk memberi tumpuan penuh terhadap kemajuan bola sepak negeri.

DATUK SERI MOHD SHAFIE APDAL Ketua Menteri

 ??  ?? MORNI (tiga, kanan) bersalaman sambil menyerahka­n bendera tuan rumah Masiswa kepada Ketua Eksekutif Kolej Asian Metropolit­an Kota Kinabalu Kristy Ng Sze Nee, sambil disaksikan oleh Shafie (empat, kiri) dan tetamu kehormat yang lain.
MORNI (tiga, kanan) bersalaman sambil menyerahka­n bendera tuan rumah Masiswa kepada Ketua Eksekutif Kolej Asian Metropolit­an Kota Kinabalu Kristy Ng Sze Nee, sambil disaksikan oleh Shafie (empat, kiri) dan tetamu kehormat yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia