Utusan Borneo (Sabah)

RM20 juta untuk projek bina, baik pulih PPRT

- Oleh JOHN TAMBANAN

KOTA KINABALU: Negeri Sabah akan diberi peruntukan RM20 juta untuk projek membina dan membaik pulih rumah melalui Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Rina Harun berkata, projek itu serta keperluan asa lain seperti bekalan air, bekalan letrik dan jalan luar bandar diteruskan.

“Prpjek yang membabitka­n keperouan rakyat luar bandar contohnya Jalan GadingGadi­ng di Semporna akan diteruskan,” katanya.

Rina berkata kementeria­nnya tahu dan sedar dengan cabaran keadaan kekangan kewangan negara sekarang, namun permintaan daripada rakyat mendesak.

“Justeru kita kena seimbangka­n daripada permintaan dan keperluan rakyat dengan keadaan kewangan,” katanya pada sidang media selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Haji Apdal, di Wisma PPNS, di sini pada Isnin.

Rina berkata banyak yang dibincang semasa pertemuann­ya dengan Ketua Menteri, iaitu hala tuju dan kerjasama antara Kerajaan Persekutua­n dan kerajaan negeri Sabah.

“Kita tahu ada banyak isu yang harus diberi perhatian utama khususnya berkaitan air, jalan raya, elektrik dan sebagainya.

“Kita akan adakan kerjasama dengan lebih baik lagi dan kita akan fokus isu projek-projek yang dibuat untuk kepentinga­n rakyat,” katanya.

Rina berkata beliau juga ada berjumpa dan berbincang dengan Menteri Pembagunan Luar Bandar Sabah, Ewon Benedict, supaya kalau dulu banyak projek daripada atas ke bawah, tetapi sekarang daripada bawah mengenai keperluan rakyat yang akan diutamakan dahulu.

 ??  ?? SHAFIE berbual dengan Rina selepas kunjungan hormat di pejabat Ketua Menteri pada Isnin.
SHAFIE berbual dengan Rina selepas kunjungan hormat di pejabat Ketua Menteri pada Isnin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia