Utusan Borneo (Sabah)

ENAM PROJEK BESAR

Usaha kerajaan naik taraf elektrik di Sabah

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menaik taraf talian elektrik di Sabah untuk meningkatk­an keupayaan penyaluran bekalan elektrik dari pantai barat ke pantai timur, kata Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar, Yeo Bee Yin.

Bagi tujuan itu, beliau berkata enam projek pengukuhan dan penaiktara­fan grid dikenal pasti sebagai projek kritikal untuk memastikan keupayaan penyaluran antara 200 hingga 400 MegaWatt (MW) boleh dicapai.

“Enam projek itu ialah naik taraf talian 132 KiloVolt (kV) ke 275kV (Segaluid-Damrod); talian penghantar­an baru 132kV (Segaluid-Seguntor); talian penghantar­an baharu 132kv (Sandakan-ElopuraSeg­untor); pencawang masuk utama (PMU) & PPU Bukit Nanas baru dan talian penghantar­an baharu 132kV (TShun Nyen-SandakanSe­guntor); PMU baharu dan talian penghantar­an baharu 132kv Apas dan naik taraf talian pengagihan Sandakan, Lahad Datu dan Tawau.

“Jumlah perbelanja­an projek ini berjumlah RM840 juta dan tarikh siap semua projek dijangka akhir tahun 2021 ataupun awal tahun 2022,” katanya semasa menjawab soalan Chan Foong Hin (PH-Kota Kinabalu) mengenai rancangan Kerajaan Persekutua­n untuk mengurangk­an perangkaan ‘System Average Interrupti­on Index’ (SAIDI) di Sabah, dalam sesi soal jawab pada persidanga­n Dewan Rakyat, Isnin.

SAIDI ialah indeks yang digunakan untuk mengukur tempoh gangguan bekalan elektrik kepada pengguna dalam tempoh setahun.

Selain itu, Yeo berkata kerajaan sedang menimbang keperluan untuk melaksanak­an beberapa projek lain untuk menambah baik pembekalan elektrik di Sabah.

“Contohnya, antara projek yang dipertimba­ngkan ialah Southern Link bernilai RM1.25 bilion iaitu talian elektrik di Selatan (Sabah) yang menghubung­kan pantai barat dan pantai timur dengan menyambung (grid) Kalumpang ke Mengalong.

“Talian sedia ada yang menyambung pantai barat ke pantai timur berada di utara Sabah, jadi dengan adanya Southern Link (talian selatan) maka grid di Sabah akan menjadi satu loop seterusnya akan menambahba­ik lagi penyaluran elektrik dari pantai barat ke pantai timur,” katanya.

Susulan itu, kerajaan menetapkan sasaran untuk menurunkan kadar SAIDI di Sabah sebanyak 58 peratus kepada 100 minit/pengguna/ tahun pada 2020.

“Untuk tahun 2017, kadar SAIDI di Sabah ialah 241 minit/ pengguna/tahun berbanding 50 minit di Semenanjun­g Malaysia. Ia bermaksud untuk setiap tahun, setiap pengguna akan mengalami gangguan elektrik selama 241 minit iaitu lebih kurang empat jam. Pengguna elektrik di Sabah mengalami gangguan elektrik 4.8 kali ganda lebih kerap daripada pengguna elektrik di Semenanjun­g Malaysia,” katanya. - Bernama

 ??  ?? YEO
YEO
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia