Utusan Borneo (Sabah)

Kawasan penempatan di Penampang perlu disusun dengan lebih baik

- Oleh YAP SIONG HAN

PENAMPANG: Kawasan penempatan Penampang perlu disusun dengan lebih baik agar mampu menempatka­n penduduk dalam suasana yang kondusif berikutan dengan pembanguna­n pesat berlaku di Daerah Kota Kinabalu.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Dr Jaujan Sambakong berkata, Penampang mempunyai banyak sumbernya yang tersendiri namun masih mempunyai ruang luas untuk diperbaiki.

"Majlis Daerah Penampang (MDP) perlu bersedia menerima limpahan kepesatan pembanguna­n yang berlaku di Kota Kinabalu.

"Oleh itu, pembanguna­n yang seimbang perlu disusun rapi khususnya dari segi perumahan, perindustr­ian dan perdaganga­n," katanya dalam sidang media selepas mengadakan Lawatan Kerja Ke MDP di sini pada Isnin.

Beliau berkata, susunan penampatan di Penampang kini adalah berbentuk campuran yang mana perumahan, industri serta perdaganga­n saling bercampur dalam satu-satu kawasan.

Katanya, susun atur yang baik itu bakal memberikan manfaat kepada rakyat setempat dari pelbagai sudut kehidupan.

"Selain itu, saya juga ingin Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di sini untuk memantau perumahan perumah anyang adad i sini.

"Kini pemaju tidak lagi boleh melantik pihak pengurusan sendiri untuk tujuan pemantauan khususnya dalam sistem pelupusan sisa pepejal," katanya.

Jaujan yang Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP) berkata, keadaan ini adalah bagi memastikan sisa pepejal atau sampah yang dibuang dapat dibersihka­n sekaligus mencantika­n suasana kawasan itu.

Beliau juga berhadap MDP dapat dinaik taraf kepada majlis perbandara­n pada masa akan datang.

Hadir sama dalam majlis itu ialah Pembantu Menteri KKTP Hiew Vun Zin, Setiausah Tetap KKTP Datuk Ginun Yangus, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Dilantik Terrence Siambun dan Pegawai Daerah Penampang Robert Stidi.

 ??  ?? JAUJAN (lima kiri), Ginun (empat kiri), Hiew (enam kiri), Adun Moyog Jenifer Lasimbang (enam kanan), Terrence (lima kanan) dan Robert (empat kanan) merakamkan gambar kenangan.
JAUJAN (lima kiri), Ginun (empat kiri), Hiew (enam kiri), Adun Moyog Jenifer Lasimbang (enam kanan), Terrence (lima kanan) dan Robert (empat kanan) merakamkan gambar kenangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia