Utusan Borneo (Sabah)

Pemandu van sapu didakwa lakukan kesalahan seksual

-

KOTA KINABALU: Seorang pemandu van sapu didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, atas kesalahan melakukan kesalahan seksual terhadap seorang pelajar.

Agoes Hans Suin, 33, bagaimanap­un mengaku tidak bersalah, di hadapan Hakim Ainul Shaharin Mohahad, selepas kertas pertuduhan dibacakan kepadanya.

Tertuduh didakwa melakukan sentuhan fizikal, dengan cara mencucuk punggung mangsa yang berusia 15 tahun, dengan menggunaka­njaridanme­lakukan onani.

Kesalahan dilakukan pada 16 Disember tahun lalu jam 7.30 pagi, di bilik sebuah rumah kampung, daerah Kota Belud.

Jika sabit salah mengikut Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, penjara selama tempoh 20 tahun dan sebat.

Timbalan Pendakwara­ya Umar Faiz membantah tertuduh ditawarkan ikat jamin, dengan mengatakan kesalahan yang dilakukan serius.

Bagaimanap­un, Agoes yang tidak diwakili peguam, memohon diberikan ikat jamin, kerana perlu menanggung ibu bapanya yang sudah tua disamping mempunyai adik yang masih bersekolah.

Ainul menetapkan pengurusan kes pada 28 Ogos dan tarikh perbicaraa­n pada 14 hingga 15 November, terhadap tertuduh.

Sementara menunggu kes selesai, mahkamah membenarka­n ikat jamin diberikan sebanyak RM10,000 yang dicagarkan seorang penjamin tempatan.

Tertuduh juga diperintah­kan melaporkan diri di Balai Polis Daerah Kota Belud, mengikut masa yang ditetapkan disamping dilarang mengganggu saksi pihak pendakwaan.

 ??  ?? AGOES
AGOES

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia