Utusan Borneo (Sabah)

Rumah sewa terbakar, Mangsa perlu sumbangan

Mangsa perlu sumbangan keperluan harian

- Oleh HENRY BATING

LABUAN: Mangsa kebakaran rumah sewa bertingkat di Kg Jawa, 0.5km dari sini memerlukan sumbangan dari pelbagai pihak untuk menampung keperluan harian.

Pemimpin Parti Warisan Sabah Labuan, Noor Halim Datuk Haji Zaini berkata 43 mangsa dari tujuh keluarga itu merupakan penduduk tempatan dan orang ramai boleh menghulurk­an bantuan di pusat perlindung­an atau melalui Biro Kebajikan parti itu.

“Setakat malam tadi (Ahad) pihak Warisan hanya dapat menyumbang air mineral, makan malam dan pakaian terpakai,” kata Halim, calon Warisan Labuan PRU14 yang berada di tempat kejadian sebaik kebakaran bermula.

“Setiba pasukan penyelamat di lokasi kejadian, rumah yang berkeluasa­n 30 x 50 kaki jenis kekal binaan kayu bertingkat itu sudah terbakar keseluruha­nnya. Turut terbakar ialah sebuah kereta dan motosikal. ”

PAIN MUZAL Pegawai Perhubunga­n Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan

Para mangsa berumur 1-65 tahun itu kini ditempatka­n di pusat perlindung­an sementara Jabatan Kebajikan Malaysia di Taman Perumahan Kian Yap.

Pegawai Perhubunga­n Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan, Pain Muzal ketika dihubungi memberitah­u pihaknya menerima panggilan tentang kebakaran itu pada jam 6.19 petang Ahad dan serta-merta menggerakk­an pasukan penyelamat 17 anggota yang sampai di lokasi jam 6.24 petang.

“Kebakaran berjaya dikawal jam 6.56 petang dan menamatkan operasi jam 11.05 malam,” kata Pain.

Turut serta dalam operasi menyelamat ialah tujuh anggota Polis Diraja Malaysia, SESB (2), Jabatan Kebajikan (3) dan Pasukan Bomba Sukarela Kg Gersik (4).

Menurut Pain, setiba pasukan penyelamat di lokasi kejadian, rumah yang berkeluasa­n 30 x 50 kaki jenis kekal binaan kayu bertingkat itu sudah terbakar keseluruha­nnya.

“Turut terbakar ialah sebuah kereta dan motosikal,” kata Pain sambil memberitah­u tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

 ??  ??
 ??  ?? (Gambar atas) MANGSA ditempatka­n di rumah perlindung­an kebajikan.
(Gambar atas) MANGSA ditempatka­n di rumah perlindung­an kebajikan.
 ??  ?? API marak dengan cepat. (Gambar kanan) Penghuni menyelamat­kan diri.
API marak dengan cepat. (Gambar kanan) Penghuni menyelamat­kan diri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia