Utusan Borneo (Sabah)

Bapa terkilan tidak sempat beli kasut baharu untuk anak

-

ALOR SETAR: “Saya merancang untuk membeli kasut baharu yang diminta anak dalam masa terdekat tetapi hasrat itu tidak kesampaian apabila dia meninggal dunia petang semalam, “kata Suhaimi Abdul Wahab.

Suhaimi, 31, adalah bapa kepada Nur Tasnim Batrisyia Suhaimi, 9, yang maut dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Jalan Taman Belimbing dekat Jitra, petang semalam.

Beliau berkata difahamkan ketika kejadian, arwah Nur Tasnim Batrisyia dan adiknya Putri Ayuni, 7, yang dijaga bekas mertuanya di Desa Keda Malau sedang dalam perjalanan ke kedai bersama adik iparnya, Mohamad Razief Mohd Idris, 17, dengan menaiki motosikal.

“Saya sedih kerana kali terakhir saya berjumpa dengannya dua minggu lalu, dia ada menyatakan hasrat untuk memiliki kasut baharu dan saya memang merancang untuk membelinya dalam masa terdekat, namun tidak kesampaian,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Katanyasel­epaskejadi­an, anaknya Putri Ayuni yang patah paha kanan tidak dapat melelapkan mata selain mengigau memanggil kakaknya.

“Dia (Putri Ayuni) tidak dapat lelapkan mata kerana teringat bagaimana kepala kakaknya digilis kereta jadi saya sentiasa temankan dia. Selain itu, dia juga turut menceritak­an bagaimana kejadian tersebut berlaku kepada saudara-mara,” katanya.

Dalam kejadian kirakira 6.15 petang itu, motosikal yang dinaiki mangsa bersama adik dan bapa saudaranya bergesel dengan sebuah lagi motosikal yang ditunggang oleh seorang pengawal sekolah Ahmad Yahaya, 51, dari Kampung Desa Keda Malau, Jitra.

Sebuah kereta yang dipandu wanita berusia 51 tahun dari arah sama tidak dapat mengelak lalu melanggar kedua-dua mangsa,menyebabka­nNur Tasnim Batrisyia maut di tempat kejadian manakala Ahmad meninggal ketika dalam perjalanan ke Hospital Jitra. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia