Utusan Borneo (Sabah)

Peranan Rela wajar dihargai, sebagai ‘mata dan telinga’ kerajaan

- Oleh SALMAN ABADI

RANAU: Seramai 33 anggota Pasukan Sukarelawa­n Malaysia (Rela) Kampung Kilimu menerima pakaian operasi digital (POD) pada Sesi Santai Bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paginatan Datuk Abidin Madingkir.

Majlis itu diadakan sempena majlis perjumpaan pegawai Rela Daerah Ranau dengan Platun Rela 0452 Kilimu, di sini.

Program diadakan sebagai usaha menghargai peranan pasukan Rela dalam menjalanka­n tugas khidmat komuniti masyarakat setempat yang mana mereka wajar dihargai kerana sanggup berkorban masa, tenaga juga kewangan serta suasana lapang khasnya bersama keluarga demi menggalas tugas yang di amanahkan.

Penasihat Rela Ranau, Jabay Surugau yang sudah berkhidmat 12 tahun dengan pasukan Rela menyatakan demikian ketika memberi amanat dan kata-kata semangat di hadapan kirakira 80 anggota RELA dari beberapa cawangan platun di sini.

Menurutnya, anggota Rela seharusnya mempunyai niat ikhlas untuk memberi khidmat bakti kepada masyarakat supaya mereka dapat menjalanka­n tugas dengan sebaiknya.

“Saya sudah berkhidmat lebih kurang 12 tahun dengan pasukan Rela, dan saya faham senario anggota Rela ketika menjalanka­n tugas.

“Tidak dapat dinafikan kita terpaksa mengorbank­an masa lapang dengan keluarga termasukla­h meninggalk­an seketika kerja-kerja urusan ekonomi keluarga dan kadang-kadang juga perlu berkorban mengeluark­an kewangan sendiri sematamata demi tugas sebagai anggota pasukan Rela,” katanya.

“Namun demikian, sesungguhn­ya setiap anggota Rela menikmati beberapa manfaat apabila mereka berkhidmat dengan ikhlas yakinlah setiap perbuatan baik itu di balas baik juga, selain diberi elaun kerja, anggota Rela turut mendapat perlindung­an insuran ketika menjalanka­n tugas jika berlaku kemalangan, manakala sekiranya ada anggota Rela meninggal dunia,warismerek­amenerima pampasan,” kata Jabay.

Selaku Adun Paginatan, Abidin menyokong katakata Penasihat Rela tersebut dengan menyatakan bahawa tugas Rela tidak kurang pentingnya kerana Rela merupakan ‘mata dan telinga’ kerajaan khasnya dalam aspek keselamata­n, sosioekono­mi, pembanguna­n dan sebagainya.

Menurutnya, Rela juga merupakan duta kecil kerajaan dalam penyebaran dan pelaksanaa­n dasar-dasar kerajaan melalui jaringan kerjasama bersama pasukan keselamata­n serta lain-lain agensi penguatkua­sa.

Selain itu, katanya, dalam masa yang sama, Rela turut menjalanka­n aktiviti kemasyarak­atan dan sosio-ekonomi setempat juga membangunk­an model insan melalui latihan yang bersesuaia­n.

Sementara itu, Pegawai Rela Ranau merangkap Penolong Pesuruhjay­a Rela, Awang Damit Pangeran Yusof berkata selain mengeratka­n lagi silaturahi­m, program sehari itu bertujuan mengaktifk­an semula Platun Rela 0452 Kilimu dan menstruktu­r perancanga­n serta aktiviti anggota Rela di kawasan berkenaan.

Tiga orang anggota Sport Tech Challenger (STC) merupakan kakitangan awam berkerja sebagai guru, Hapirin Yassin, Ramlan Haji Taim dan Nazri Mat turut menerima POD Rela tersebut.

Masyarakat awam yang berminatde­ngansukare­lawan boleh menyertai pasukan Rela untuk berkhidmat kepada masyarakat yang memerlukan.

Turut hadir Penguasa Rela Daerah Ruzi Kameran Pirdous, Ketua Pemuda Upko Ranau Hisyamuddi­n Harun, Ketua Kampung Kilimu (KK) Jafiry Madusin dan Pengerusi Jawatankua­sa Keselamata­n dan Kemajuan Kampung Kilimu (PJKKK) Ignatius Peter.

 ??  ?? HAPIRIN (dua kanan) bersama Ruzi (tiga kanan) dan Hisyamuddi­n (kiri) serta kakitangan awam (guru) yang turut menyertai pasukan Rela.
HAPIRIN (dua kanan) bersama Ruzi (tiga kanan) dan Hisyamuddi­n (kiri) serta kakitangan awam (guru) yang turut menyertai pasukan Rela.
 ??  ?? ABIDIN (tengah) menerima cenderamat­a pihak Rela disampaika­n oleh Ruzi (dua kanan) sambil diperhatik­an Awang Damit (dua kanan).
ABIDIN (tengah) menerima cenderamat­a pihak Rela disampaika­n oleh Ruzi (dua kanan) sambil diperhatik­an Awang Damit (dua kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia