Utusan Borneo (Sabah)

Bekalan ternakan bagi ibadah korban cukup

-

SERDANG: Bekalan ternakan lembu, kerbau, kambingdan­biri-biriuntuk ibadah korban sempena Hari Raya Aidiladha bulan depan adalah mencukupi, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Salahuddin Ayub.

Memberikan jaminan itu ekoran kebimbanga­n dengan langkah sekatan pengimport­an Australia, Salahuddin berkata bekalan ternakan adalah mencukupi berdasarka­n bekalan lembu, kerbau, kambing dan bebiri yang telah diimport serta ternakan tempatan yang ada di seluruh negara pada masa ini.

“Jadi urusan ibadah korban boleh diteruskan seperti biasa, tak perlu bimbang mengenai bekalan lembu atau kambing terjejas,” katanya kepada pemberita selepas melawat Agri Tech & Engineerin­g Innovation (ATEI) 2018 di bahagian Kejurutera­an Pertanian di sini pada Isnin.

Salahuddin berkata Jabatan Perkhidmat­an Veterinar Malaysia dimaklumka­n berkenaan sekatan pengimport­an lembu/kerbau dan kambing/bebiri dari Australia untuk tempoh 7 Julai sehingga selepas Hari Raya Aidiladha berikutan isu pematuhan kepada keperluan Export Supply Chain Assurance System (ESCAS).

Menurut Salahuddin, mengambil kira keperluan masjid, surau dan rumah sembelih, dianggarka­n permintaan lembu dan kerbau untuk korban sebanyak 44,673 ekor dan kambing serta bebiri pula 22,130 ekor untuk 2018.

Berdasarka­n statistik Jabatan Perkhidmat­an Veterinar Malaysia (JPVM), bekalan lembu/ kerbau tempatan bagi penyembeli­han Hari Raya Aidiladha ini sebanyak 37,967 ekor manakala bekalanlem­bu/kerbauyang diimport adalah 12,158 ekor, dengan menjadikan jumlah keseluruha­n bekalan lembu/kerbau bagi tujuan korban 50,125 ekor.

Bagi kambing/bebiri pula, bekalan tempatan untuk penyembeli­han korban adalah 31,079 ekor manakala bekalan yang diimport untuk penyembeli­han korban 11,081 ekor, menjadikan jumlah keseluruha­n bekalan kambing/bebiri bagi tujuan korban 42,160 ekor, katanya.

Mengenai Pusat Fidlot Nasional, beliau berkata taklimat mengenainy­a akan diadakan esok dan model baharu bekalan daging tempatan dijangka siap menjelang hujung tahun. -Bernama

 ??  ?? SALAHUDDIN
SALAHUDDIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia