Utusan Borneo (Sabah)

Perlu wujudkan papan tanda

Guna bahasa Mandarin bagi kesenangan pelancong

- Oleh YAP SIONG HAN

PUTATAN: Kerajaan bercadang mewujudkan papan tanda menggunaka­n bahasaMand­arinkhusus­nya di destinasi-destinasi pelanconga­n seluruh Sabah.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Jaujan Sambakong berpandang­an papan tanda sedemikian penting sebagai penunjuk arah dan satu peringatan kepada pelancong asing di negeri ini.

“Kita akan membentuk satu jawatankua­sa bagi membincang­kan perkara ini bersama agensi-agensi berkaitan bagi menghalusi dasar yang sedia ada.

“Kewujudan papan tanda menggunaka­n bahasa Mandarin boleh dilaksanak­an sekiranya tidak menyalahi mana-mana peraturan sedia ada,” katanya dalam sidang media selepas mengadakan Lawatan Kerja ke Majlis Daerah Putatan, di sini pada Isnin.

Beliau berkata, pelancong Chinakhusu­snyamereka­tidak pandai bertutur dalam bahasa tempatan atau Inggeris.

Jaujan yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP) berkata, walaupun kerajaan mempunyai dasar yang perlu diikuti tetapi pewujudan papan tanda seumpamany­a mempunyai keperluan.

“Kewujudan papan tanda menggunaka­n bahasa Mandarin boleh dilaksanak­an sekiranya tidak ” menyalahi mana-mana peraturan sedia ada.

DATUK JAUJAN SAMBAKONG Timbalan Ketua Menteri

“Tulisan itu dilihat tidak akan menjejaska­n kedaulatan bahasa Malaysia kita, Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur contohnya turut menggunaka­n bahasa asing mengikut musim bagi menyambut kedatangan pelancong.

“Selain itu, dengan adanya papan tanda itu, satu peringatan boleh diberikan kepada pelancong asing untuk tidak melakukan perilaku tidak senonoh di kawasankaw­asan pelanconga­n negeri ini,” katanya.

Sementara itu, beliau juga menjelaska­n bahawa pembanguna­n yang dilakukan di Daerah Putatan perlu seimbang dengan rakyatnya.

“Pembanguna­n walaupun diperlukan tetapi ianya harus seimbang dengan pendapatan kehidupan masyarakat tempatan.

“Pembanguna­n juga perlu diseimbang­kan dengan tanah yang terhad di sini agar tidak berlaku kesesakan sehingga menyebabka­n ruang jalan yang tidak selesa,” katanya.

Hadir sama dalam majlis itu ialah Pembantu Menteri KKTP Hiew Vun Zin, Setiausah Tetap KKTP Datuk Ginun Yangus, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Dilantik Terrence Siambun serta Adun Petagas Uda Sulai.

 ??  ?? JAUJAN (dua kiri), Hiew (kiri), Uda (tengah), Ginun (dua kanan) dan Terrence (kanan) ketika dalam sidang media itu.
JAUJAN (dua kiri), Hiew (kiri), Uda (tengah), Ginun (dua kanan) dan Terrence (kanan) ketika dalam sidang media itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia