Utusan Borneo (Sabah)

Pasukan SM Sung Siew Sandakan tebus kekalahan

- Oleh MUHAMMAD IKRAM IQBAL (Pelatih UMS)

KOTA KINABALU: Pasukan dari Sekolah Menengah (SM) Sung Siew Sandakan tebus kekalahan lepas dengan menjuarai pertanding­an Cabaran Sains Kebangsaan (NSC) Peringkat Negeri Sabah 2018.

Kemenangan itu sekaligus melayakkan pasukan berkenaan mewakili Sabah ke peringkat kebangsaan pada 9 hingga 15 Ogos depan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai Johor.

Pasukan SM Sung Siew Sandakan diwakili oleh tiga pelajar Tingkatan 4 termasukla­h Jung Bing Heng Jensen, Rania Florian John Modooit dan Mitrina Ernesta Nestor.

Wakil kumpulan Jung menganggap kejayaan yang diperoleh pasukannya adalah hasil kerjasama serta usaha gigih setiap ahli pasukan.

Menurutnya, kekecewaan tewas dalam pertanding­an sama tahun lepas akhirnya berjaya ditebus dengan kemenangan tahun ini.

“Kami sangat teruja dengan kemenangan ini dan untuk pertanding­an akan datang, kami akan buat sebaik mungkin.

“Selain dapat mempelajar­i benda baharu, pertanding­an ini juga mendorong kami untuk sentiasa berusaha gigih,” katanya ketika ditemui Utusan Borneo di sini pada Isnin.

Bagi Mitrina, pasukannya banyak mengorbank­an masa menyiapkan diri dengan ilmu pengetahua­n untuk mencapai sasaran memenangi pertanding­an itu.

Menurutnya, kejayaan yang diraih pasukannya adalah hasil bantuan dalam latihan serta sokongan para guru serta rakan sekolah.

Sebanyak lima pasukan bertanding dalam pertanding­an NSC yang diadakan di Kompleks Perhutanan Fakulti Sains dan Sumber Alam Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Pertanding­an berkenaan melibatkan empat pasukan dari sekolah menengah dan satu pasukan yang dipilih Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) dibawah nama ‘Wild Card Team’.

Sekolah yang terlibat termasukla­h SM Sung Siew Sandakan, SM Sains Lahad Datu, Sekolah Memengah Kebangsaan (SMK) SMK Arshad Kota Belud, dan SMK Desa Kencana Lahad Datu.

 ??  ?? PASUKAN dari SM Sung Siew Sandakan yang diwakili oleh Mitrina (kiri), Jung (tengah) dan Rania (kanan).
PASUKAN dari SM Sung Siew Sandakan yang diwakili oleh Mitrina (kiri), Jung (tengah) dan Rania (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia