Utusan Borneo (Sabah)

Jurukimpal kena 13 tahun

Jadi ahli kumpulan pengganas Abu Sayyaf

- Oleh CLARICE USOP

KOTA KINABALU: Seorang jurukimpal­dikenakanp­enjara 13 tahun, oleh Mahkamah Tinggi di sini, atas kesalahan menjadi ahli kumpulan pengganas Abu Sayyaf.

Hakim Hj Alwi Hj Abdul Wahab menjatuhka­n hukuman itu terhadap Masran Ajilul@ Anuar Mohamad Asnalul, 31,

(gambar) yang tidak diwakili peguam selepas mengaku salah.

Tertuduh disabitkan mengikut Seksyen 130KA Kanun Keseksaan (Akta 574), boleh dikenakan pemenjaraa­n seumur hidup atau denda.

Masran didapati melakukan kesalahan itu pada 31 Julai 2012 hingga 15 Mac, di sini.

Berdasarka­n fakta kes, pada 15 Mac jam 10.30 pagi, sepasukan polis membuat tangkapan terhadap tertuduh, di luar perkaranga­n Lokap Cawangan Khas, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah.

Pada 20 Mac, pegawai penyiasat menghantar surat semakan rekod tertuduh kepada Police Attache of Philippine­s, melalui kedutaan Filipina.

Satu dokumen dikeluarka­n pada 26 Mac, menunjukka­n tertuduh seorang daripada anggota kumpulan terbabit yang mempunyai dua waran tangkap, dikeluarka­n Mahkamah Filipina bagi kesalahan cubaan membunuh dan penculikan untuk tebusan.

Tentera kerajaan Filipina juga mengesahka­n, tertuduh seorangahl­iyangaktif­diBasilan, bertindak sebagai pencari mangsa bagi kes penculikan untuk wang tebusan, di kawasan Zamboanga City.

Turut dinyatakan, tertuduh mahir menggunaka­n pelbagai jenis senjata api, disamping terlibat dalam beberapa siri pertempura­n di kawasan Selatan negara terbabit.

Tertuduh juga mengakui, seorang ahli yang pernah bertempur dengan tentera Filipina sebanyak tiga kali, serta pernah menjalani latihan menembak.

Pada 13 April, tertuduh dikenakan penjara enam bulan dan satu sebat oleh Mahkamah Sesyen di sini, kerana memasuki negara ini secara haram.

Semasa rayuan, Masran yang tidak diwakili peguam memohon hukumannya diringanka­n.

“Saya mempunyai seorang isteri dan empat anak yang berada di Filipina. Ibu saya meminjam wang sebanyak 11,000 Peso Filipina (PHP), untuk menampung saya datang ke Malaysia,” katanya.

Masran menyatakan, dirinya melarikan diri ke negara ini untuk memulakan kehidupan baharu, selain menyesali kesalahan yang dilakukann­ya.

Timbalan Pendakwara­ya Muhammad Fadzlan Mohd Noor menegaskan, hukuman berat harus dijatuhkan, dengan mengambil kira kepentinga­n awam.

Tegasnya, tertuduh menjadi ahli pengganas Abu Sayyaf yang mana melibatkan keganasan.

Beliau juga meminta agar mahkamah melihat kepada penglibata­n tertuduh sebagai seorang ahli pengganas, yang pernah dikenakan waran tangkap oleh Mahkamah Filipina.

Satu dokumen dikeluarka­n pada 26 Mac, menunjukka­n tertuduh seorang daripada anggota kumpulan terbabit yang mempunyai dua waran tangkap, dikeluarka­n Mahkamah Filipina bagi kesalahan cubaan membunuh dan penculikan untuk tebusan. ”

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia