Utusan Borneo (Sabah)

Cederakan ayah warga emas, lelaki dipenjara setahun

-

KOTA KINABALU: Seorang lelaki tempatan yang mencederak­an ayahnya seorang warga emas, dikenakan penjara setahun, oleh Mahkamah Majistret di sini.

Majistret Cindy Mc Juce Balitus menjatuhka­n hukuman maksimum itu terhadap Mohd Al Rasul Wasran, 31, yang disabitkan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Tertuduh mencederak­an mangsa yang berusia 68 tahun, pada 3 Januari jam 4 petang di sebuah rumah, Kampung Lok Kawi Baru, daerah Putatan.

Hukuman yang diperuntuk­kan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, penjara selama tempoh setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Mahkamah memerintah­kan tertuduh menjalani tempoh pemenjaraa­n bermula dari tarikh tangkap, pada 3 Januari.

Sementarai­tu,diMahkamah Sesyen, seramai 13 warga asing antaranya seorang wanita dikenakan penjara empat bulan dan satu sebat, kerana memasuki negara ini secara haram.

Hakim Ainul Shahrin menjatuhka­n hukuman itu terhadap semua tertuduh, selepas mereka mengaku bersalah mengikut Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63.

Mereka ditangkap pihak berkuasa pada Julai, di beberapa daerah berbeza, Papar, Tuaran, Kota Belud dan ibu negeri.

Bagaimanap­un, tiada sebatan dikenakan terhadap wanita dan mereka yang berusia 20 tahun dan 50 tahun.

Tamat tempoh hukuman itu, mereka diperintah­kan dirujuk ke Jabatan Imgiresen untuk tindakan lanjut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia